Kata disusun madah berbunga,
Lafaz bismillah pembuka kata,
Salam dihulur restu dipinta,
Izinkan hamba mula bicara..
Cewah.. berpantun gitu.. ingat lagi
pantun ni masa abang form 5, nak ambik spm la konon.. cikgu ajar pantun ni
untuk pembuka kata karangan bahasa melayu.. Nampak x walaupun sudah hampir
sepuluh tahun abang meninggalkan zaman persekolahan, apa yang cikgu ajar masih
bermain di kotak fikiran abang.
Cakap banyak tak nak. Sebenarnya
abang buat blog ni semata-mata nak kongsi kisah abang yang slalu travel ni. Nak
kata jauh travel tu tak la.. dekat-dekat jer.. tp saje nak cerita jugak. Maybe
bleh jadi pedoman dan iktibar buat mereka yang kaki travel macam abang. Dah
banyak kali travel ke negara orang tp baru kali ni abang rasa nak kongsi dalam
blog. Sebab abang rasa trip kali ni yang meninggalkan banyak memori suka dan
duka pada abang, dan bleh jdkan pengajaran pada mereka yang bergelar backpackers.
Kisah abang bermula disini.. (Throwback gitu..)
Tiket Flight
Abang pergi dengan penerbangan AIR
ASIA. Nak cakap tiket murah tu x der la sangat... tp bleh diketegorikan mahal
jugak la... Tp abang gagahkan juga. Kalau x salah harga tiket abang return
dalam rm7++ kot. Tp x per la.. last minit punya hal, pejam mata la kejap. Harga
tu dah termasuk meal dgn lurgage tau..
consider murah lg la tu.. klu nak compare MAS.
Insurans
Ha..ha.. lupa nak bagi tahu, abang
punya trip kali ni alone tau. Saje nak rasa pengalaman pergi bercuti seorang
diri. Semenjak abang join group backpackers buddies Malaysia ni, banyak betul
abang tgk ahli dalam group tu pergi travel alone. So abang decide nak try. So
jd la percutian bali kali ni. Disebabkan abang pergi seorang diri, kena la skit
buat persediaan dr segi insurans kemalangan diri ni. Dah la sorg diri, kat
negara orang pulak tu.. kan jd pape kat sane menangis x berlagu la. So abang
decide nak ambik travel insurans. Ada banyak syarikat insurans yang menawarkan
travel insurans, tp yang berkenan di hati abang AIG Insurans. Senang jer nak
bli, korg masuk jer website dia, bleh bli online. Nyatakan negara mana yang
korg nak travel dengan tarikh, so nanti system akan calculate harga. Klu ok
korg bleh la bli. Dan lepas tu dia akan bg no polisi insurans. Kalau x salah
abg bayar dalam RM53 untuk 6 hari. Ok la kan.
Supir
Mungkin ada yang dah tahu, tapi
pada yang dah tahu tu tolong buat-buat tak tahu la yer. Kalau di Indonesia,
driver yang bawak kita jalan-jalan tu disebut sebagai supir. So aku decide nak
guna khidmat pak supir, dan aku geogle la dalam seminggu. So rata-rata bloger
rokemen satu supir ni namanya Pak Yanto. Tp aku just save dlu la no wassup dia.
Last minit nanti baru aku contact. Sebelum tu aku ade wassup satu supir ni,
muslim, sekali dia mintak bayar dalam ringgit Malaysia la.. dia cas dalam RM150
satu hari. Gila vavi mahal. Bukan satu hari aku nak guna pak supir,
kurang-kurang dalam 3 hari. Cancel la
bapak ni. Nasib baik dia ok. Sebb aku just cakap awal-awal, nak tanya harga
dlu. So dia pun ok. Akhirnya aku pun email la Pak Yanto ni, harga yang dia bagi
pun ok gak la.. untuk jemput aku dr airport dia cas idr 80,000, dan cas untuk
bawak aku jejalan satu hari dia cas idr 400,000. Kira murah tu. Kalau convert
duit Malaysia dalam RM120. Ok la.. aku pun setuju. So aku pun menggunakan
khidmat Pak Yanto la.
Day 1
Nak cerita kisah hari pertama ni x
best sangat. Sebab konflik perjalanan abang belum bermula. Macam drama melayu
la.. tak kan start drama nak tunjuk konflik truskan. He..he. nak tahu konflik
ape, kena tunggu cerita yang hari ketiga punya. Disitu tragedinya bermula. Tapi
jangan terus scroll mouse cari cerita hari ketiga plak.. nanti x paham plak
sebebnya rentetanya bermula pada hari kedua. Ha.. pulak dah.. Main matematik
plak skrg.. ok x per.. abaikan kejap. Hari 1St ni abang nak cita la
skit kisah pergerakan awal pagi abang tu. Flight abang pkul 10.30 pagi. So
abang kuar dr umah lepas subuh. Drive keta pergi park keta kat putrajaya
sentral. Murah jugak la park keta kat sini. Dalam 6 hari total cost dalam rm22
jer.. betul x tipu.. memang murah .. naik KLIA Transit dr situ rm6.20. Tp abang
menyalahgunakan kad siswa 1 Malaysia, walaupun abang dah habis belajar, tengok
expired kad tu tahun 2018, so dapat la harga RM5.80. ceh, ingat diskaun byak.
Hampeh.. dalam 30 minit abang pun sampai di KLIA 2, rasa bangga kejap tengak
airport KLIA 2, canggih manggih. Rasa setiap sudut abang nak selfie.. cantik
sangat. Tp tak per, pergi settlekan urusan check in dlu. So dah settle semua,
abang pun pergi la tgu di pintu perlepasan. Tgk jam di handphone awal lg rasa,
so jalan2 terjumpa tempat cas handphone.. ape lagi, zas terus cas. Jimatkan
powerbank abang yang tak berapa power tu. Dalam tengah cast tu baru teringat
sesuatu, lupa nak bagi tahu mak abang yang abang nak pergi bercuti seorang
diri. Kalau dia tahu mati kena marah ni. Tapi abang cuba jugak, risau gak nanti
jd pape susah jugak kalau parent tak tahu. Seperti yang dijangka, abang
terpaksa menahan telinga mendengar leteran mak abang.. Mula2 dia tak bagi
pergi, suruh balik.. Tapi abang cakap dah tgu kat balai perlepasan baru la dia
cool down skit. Yang tak tahan last tu siap kirim suruh beli kain telekung
lagi.. ha..ha.. orang pergi Bali la mak, bukan Bandung.. Akhirnya perjalanan aku
mendapat restu dr ibuku. Amin.. Flight pun sampai, so excited la nak g bali ni.
Perjalanan KL – Bali mengambil masa 3 jam. Hah, agak stress dalam flight Air
Asia. Dah la kerusi tegak dengan keadaan sempit, sabar jer la. Nak murah kan.
Sambil melayan kecomelan pramugari air asia tu, aku terdengar la perbualan dua
orang pramugari ni berborak sesame mereka. Aku amati betul-betul, rupanya
pramugari ni orang indon. Aku tgk balik tiket aku, betul tertera AK376, bukan
QZ. Memang flight Malaysia. Setahu aku kalau flight AK, itu flight milik
Malaysia dan QZ flight milik Indonesia. Lantak la.. janji aku sampi bali sudah.
Sampai di bali aku pun terus setlekan urusan imigresan. Agak mudah bagi warga
negara asian, sebab ade kaunter khas untuk orang asean, memang pantas. Klu dr
uerope tu agak lama la jgak sebab ramai yang beratur. Dah ambik beg abang terus
keluar dari airport Ngurah Rai. Dah sampai pintu keluar tu abang pun tercari la
pak supir yang memegang nama abang. Dalam ramai-ramai tu terpandang la satu
orang sedang memegang kertas tertulis MR. ILYAS. Owh ini orangnya. Abang pun
bersalaman dengan dia dan memperkenalkan diri abang. Pak supir itu pun
memperkenalkan dirinya. Namanya Dafi. Muda lagi. Aku pun bertanya pada dia mana
pak yanto, si Dafi ni pun bagi tahu la pak yanto ada di kantornya. Borak punya
borak baru la aku tahu yang Pak yanto ni bos la. Dafi tu pekerja pak yanto.
Menurut Dafi lagi, pak yanto ade 15 orang pekerja termasuk Dafi. So Dafi la
diarahkan oleh Pak Yanto untuk bawak abang sepanjang abang berada di bali ni.
Dalam kereta tu, aku sempat la bergurau dengan si Dafi ni. Aku cakap sama Dafi
“kalau di Malaysia, ada jugak orang nama Dafi. Dafi di Malaysia seorang
penyanyi, hamsem, anak menteri”. Lalu si Dafi pun membalas “itu di Malaysia
bang, kalau di Bali Dafi tu orangnya hanya pemandu kereta saja”. Aku terdiam
kejap, terpikir nak gelak ker nak nangis ni mendengar statement si Dafi tadi…
sob..sob..
Masa ni si Dafi berlakon jer. Sebelum ni abang dah jumpa dia,
siap salam lagi. Tapi bila dia tengok abang nak ambik gambar dia, dia
berpura-pura angkat balik kertas yang tertulis nama abang tu. Drama King betul.
Sebelum sampai di hotel, aku mintak
Dafi berhenti kat kedai handphone jap. Aku nak bli sim kad indonesia. Yer la
senang skit nak bt live update kat fb dan ig abang. Wah gitu.. so si dafi pun
berhenti la. Aku pun membeli la sim INDOSAT yang berharga 80,000 untuk 1gb
internet. Ok la. Kadang2 tu menyakitkan hati jugak internet tu. Line lembab
jugak. Tp kira ok la dr x der. Dah siap seting semua aku pun trus gerak pergi
hotel. Kali ni aku memilih POP HOTEL di area Legian. Best gak la hotel ni.
Staff dia pun friendly. Bilik selesa, dan yang paling best toilet dia, pintu
toilet macam nak masuk kapal angkasa jer.. mmg best. Tp yang tak best wifi
hotel pun lembab nak mampos.. stress..
Lepas check in hotel abang pun
terus la keluar berjalan-jalan tepi pantai sambil menikmati keindahan pantai
kuta. Sambil berjalan-jalan tu ada yang menegur abang, ada yang nak offer buat
tattoo la, ada yang nak offer massage, ada yang nak offer mengajar surfing..
semua abang tolak dengan baik.. awal lg kot untuk semua tu..
Dan pada waktu malam plak, sekitar hotel abang tu
berhampiran dengan kelab malam. So suasananya agak happening. Abang decide
untuk cari restoran halal dlu untuk dinner. Agak jauh jugak la abang berjalan
sepanjang jalan pantai kuta tu. Puas pusing akhirnya abang terjumpa KFC, bedal
KFC jer la malam tu. Menurut Dafi KFC di Bali Halal. Nak cari restoran halal yang
lain x jumpa plak. Lepas makan KFC, abang disapa oleh seseorang yang mempelawa
abang ke kedainya. Abang pun mengikut walaupun dalam hati ada sedikit curiga.
Dia pun menunjukkan koleksi baju yang dijual di kedainya. Mula-mula memang jual
baju, tapi lama kelamaan benda lain lagi yang dia offer. Antaranya mushroom.
Apa itu mushroom? Yang abang tahu mushroom tu adalah sejenis cendawan, tapi
sebenarnya mushroom yang dia offer untuk abang adalah sejenis minuman yang
memabukkan. Aka arak. Choi.. Abang tolak dengan baik. Dia pun paham.. kemudian
dia mengeluarkan sesuatu yang disorokkan di sebalik timbunan baju di dalam
kedainya.. agak suspen masa tu. Abang pun bertanya apa pulak yang dia mahu
tunjuk pada abang? Dengan perlahan dia berbisik di telinga abang “ini ubat kuat
bang, mau kasi tahan lama dan mau kasi besar bang”, sambil menunjukkan lengan
dia yang agak besar. Kononnya nak kasi besar macam lengan dia la tu. Aku pun
menolak dengan stategi aku yang agak baik “tak apa yer bang, saya tak perlu
semua tu sebab sekarang ni saya tak guna apa-apa produk pun dah memang semula
jadi besar. Saya duduk rehat macam ni pun sudah sebesar ini” sambil aku
menunjukkan botol air mineral yang aku pegang.. penjual tu pun tergelak
keriangan dengan lawak bodoh abang.. he..
Day 2
Hari kedua aku bangun agak awal.
Sebab malam tu aku tidor lupa nak tutup tingkap. Pkul 6.30 pagi aku dah bangun.
Mana taknya, 6.30 pagi dah macam pukul 8 pagi kat Malaysia. Dah cerah rupanya..
So seperti biasa abang akan berguling-guling di atas tilam yang empuk dulu
sebelum mandi. Sesekali abang menjengah ke luar tingkap mengharapkan ada Minah
Saleh berjemur di tepi swimming pool.. Haroommm.. yang ada pak cik tua sedang
membaca novel.
Dah selesai bersiap,
abang pun turun breakfast. Breakfast percuma tau. Ade roti, ada nasi ape ntah
bungkus macam nasi lemak, tp bukan nasi lemak. Tp abang berani ambik coco
crunch dimakan bersama susu. Yang lain tu tak berani nak ambik takut tak halal.
Tp abang x kisah pun, sebenarnya sebelum turun ke lobi tadi pun abang dah
breakfast Megi Kari Extra Pedas.. Walaweh.. Siap bawak bekal dr KL lg. Jangan
sakit perut sudah.. ha..ha.
Seperti yang
dijanjikan oleh Dafi, dia datang pungut abang tepat pada masanya. Pukul 9 tepat
sampai. So dia suggest hari tu nak bawak abang pergi ke Ubud dan Kintamani. Ok
abang ikut. So dalam perjalanan tu dia cakap nak bawak abang tengok persembahan
Borong Dance. Tp abang mintak skip sebab rata-rata blogger yang pernah pergi ke
bali cakap Borong Dance agak membosankan. So dia cakap ok la. Si Dafi pun
sempat la tanya aku knape aku tak nak tengok Borong Dance?. Aku jawab “malas
nak tengok, kalau tengok pun bukannya paham pun cerita dia”. Pastu Dafi pun
tanya lagi “Habis tu abang nak tengok tak Kecak Dance nanti?.” Aku pun pantas
menjawab, “nak tengok”. Si Dafi pun
membalas lagi “Persembahan Kecak dance tu abang faham Ker”. Ah..aha.. Betul
jugak. Nampak sangat jawapan aku tadi kurang cerdik..Lantak la.. Kemudian dia
cakap nak bawak abang ke tempat buat batik. Ok la.. I follow jer. Dah sampai
abang pun pusing x sampai dalam 15 minit, abang ajak gerak.. maybe x kena
dengan jiwa abang kot..
Abang
pura-pura tak pernah tengok, padahal kat terengganu pun ada..
Perjalanan seterusnya ke tempat
membuat silver. Silvernya agak cantik dan murah. Pusing dalam ni agak lama
jugak la. Tapi seperti biasa tiada yang berkenan di hati. Lagi pun abang tak
minat pakai apa2 aksesori di tangan. Jangankan kata cincin, jam tangan pun
abang tak minat pakai. Kat sini abang sempat berkenalan dengan satu pasangan
dari Malaysia jugak. Honeymoon kot.. tgk jari merah lg bekas inai..
Orang
tu tengah buat silver tu. Simple jer kan.
Seterusnya perjalanan abang ke
tempat membuat lukisan. Sampai saja aku disambut oleh seorang lelaki yang agak
berumur. Kenapa aku cakap berumur? Ha..ha.. Kejap lg aku cita kisah dia. So aku
pun pusing2 tengok lukisan yang tergantung di dinding.. subhanallah, cantik
sungguh lukisan dia.. aku pun agak terpegun melihat para pelukis sedang melukis
lukisan. Free hand jer.. Memang penduduk bali ni sungguh berbakat dalam
kesenian. Sambil berjalan2 melihat kecantikan lukisan yang digantung di
dinding, aku berborak2 la dengan si lelaki tua yang menyambut aku tadi. Katanya,
si Dafi tu kawannya masa sekolah. APA????????? Agak terkejut beruk la masa tu
bila dia cakap si Dafi tu kawan sekolahnya. Dalam hati aku terpikir la, si Dafi
tu umur baru 28 tahun, yang lelaki tadi aku rasa umur dia paling kurang pun 40
tahun. Persoalannya berapa tahun pak cik tua itu bersekolah?. Jeng..jeng jeng..
Mungkin kalau dia bagi tahu macam tu maybe aku akan beli lukisan kat dia kot..
Ok la, aku decide nak beli satu lukisan. Cari punya cari aku berkenan dekat
satu lukisan ni. Harganya IDR 800,000. Mak ai mahalnyer.. Mintak tawar menawar
akhirnya aku dapat lukisan tu dengan harga IDR 500,000. Ok la. Zasss.. Swipe
kad kredit. Mati la balik Malaysia ni nak bayar hutang kad kredit. Dalam masa
pak cik tua tadi sedang membalut lukisan yang aku beli tadi tu, aku terpandang
bos pak cik tua memanggil si Dafi ke belakang kereta. Aku mengintai dari dalam,
apa yang meraka buat. Bos si tua itu menghulurkan sejumlah wang pada si Dafi.
Owh.. baru la aku tahu, rupanya si Dafi ni dapat komisyen sebab aku bli lukisan
tadi.. ha..ha.. X per la.. abang tak kisah pun kalau bagi komisyen depan2
abang.. ha..ha..
Pak cik tu cakap, dah tiga hari brother ni lukis. Cantik tak
kak ton?
Perjalanan seterusnya ke Kintamani.
Perjalanannya agak jauh. Mengambil masa lebih kurang 1 jam. Si Dafi
berhenti sekejap di stesen minyak.
Kebetulan aku terpandang ada mesin atm CIMB NIAGA di stesen minyak tu, aku pun
buat keputusan untuk keluarkan sedikit wang menggunakan kad atm CIMB aku.
(Untuk pengetahuan pembaca semua, untuk pengeluaran antarasabangsa, anda
perlulah mengaktifkan international withdrwal kat akaun CIMB anda. Boleh Buat
melalui CIMB CLICK.. ). Aku pun berjaya mengeluarkan IDR300,000 dari akaun aku.
X leh kuar banyak2.. takut nanti habis joli. Dah settle, aku pun meneruskan
perjalanan aku ke Kintamani. Apa yang ada kat Kintamani ni? Kalau nak tahu,
Kintamani ni merupakan kawasan gunung berapi. Abang sempat bertanya satu soalan
pada si Dafi ni yang sehingga ke hari ini abang masih memikirkan kewajaran
abang bertanya soalan itu pada beliau. Soalan abang berbunyi begini, “Dafi,
gunung berapi yang kita nak pergi ni masih aktif lagi ker?”. Dan jawapan balas
dari Dafi, “Kalau masih aktif saya tidak bawak abang datang ke sini”. Krik..
krik.. krik.. Terasa tingginya tahap kebangangngan aku..
Dalam perjalanan ke Kintamani tu,
kami melalui sekatan jalan raya yang di buat oleh Polis Indonesia. Sepantas
kilat, Si Dafi ni mengeluarkan sejumlah wang kertas yang ada dalam walletnya.
Kalau x salah aku dalam IDR 20,000. Dafi pun turun dari kereta dan menghampiri
salah seorang polis yang membuat sekatan jalan raya itu. Dafi menghulurkan wang
tersebut kepada polis itu dan terus masuk ke dalam kereta. Aku yang agak
kehairanan bertanya pada Dafi, wang apakah yang diberi pada polis tadi? Dan
Dafi menjawab, “kalau di Indonesia, polisnya memang begitu. Kalau tidak mahu
cerita panjang, perlu dikasinya wang”. Owh.. hurm.. dan selepas kira-kira 20
minit, kami melalui sekatan polis sekali lagi. Seperti biasa, si Dafi
menghulurkan wang lagi.. Hurm, senang betul nak buat duit..
Selepas jauh perjalanan akhirnya
aku sampai di kintamani. Yeah.. Dafi memberi satu tips untuk aku. “abang, nanti
kalau orang tu tanya abang local atau foreigner, abang cakap local yer. Kalau
local tiketnya murah skit”, sambil Dafi menunjukkan pada pemungut tiket. Aku hanya menganguk faham. Sampai saja pada
si pemungut tiket, Dafi menurunkan cermin kereta avanzanya. Lalu si pemungut
tiket pun bertanya “Local or foreigner?”. Tanpa sempat aku menjawab, si dafi
lagi pantas menjawab “Local Pak”. Si pemungut tiket pun mengoyakkan keratan
tiket dan menghulurkan tiket kepada aku sambil berkata “ Local 20 ribu”. Aku terus membuka wallet aku dan menyelak
satu persatu wang kertas yang ada. Gima ya rupanya wang kertas 20ribu.? Agak
lama jugak aku mencari, akhirnya si Dafi pun bersuara, “Kasi saja 50ribu tu”.
Aku mengambil wang kertas 50 ribu dan bagi pada pemungut tiket, dan dia
memulangkan 30 ribu kepada aku. Selepas urusan pembayaran selesai, Dafi
cepat-cepat menutup kembali cermin keretanya dan dia terus ketawa sambil
berkata “Abang ni tak pandai berlakon la, mana ada orang Indonesia tak kenal
duit rupiah”. Ah..ha.. betul jugak..
lantak lah.. sape yang suruh aku menipu tadi?..
Nampak tak idung abang tengah kembang tu? Bak kata pepatah
melayu, ‘Jauh perjalanan, luas lubang hidung’. Hah, rosak. Ni la Kintamani.
Jejak jer kaki di kintamani, terasa seperti berada di
Cameron Highlands.. sejuk.. tapi tak la sesejuk kat Cameron. Kat sini nak makan
dan solat bleh la. Aku ajak la si Dafi ni makan, aku nak belanja dia, tp dia
tak nak. X per la.. Makan kat sini buffet, bleh ambik apa saje makanan. Tp
abang makan sikit jer, sebab sejuk sangat. Abang pegang sudu pun
terketar-ketar.
Bayar
mahal-mahal abang makan ni jer.. Rugi. Bukan tak nak makan banyak, tapi sebab
sejuk sangat..
Perjalanan abang seterusnya ke
Ubud. Kat ubud ni la banyak diusahakan padi bukit. Sungguh tak tipu, cantik
sangat pemandangan kat sini. Sepanjang perjalanan ke ubud ni, abang sempat la
tengok beberapa ekor babi yang sedang dibawa menaiki lori. Menurut Dafi, babi
ni akan dibawa ke restoran untuk dijadikan menu istimewa iaitu BABI GULING. Lebih
kurang macam restoran kat Malaysia ni la yang famous dengan kambing bakar.
Menurut dafi lagi, babi ini tidak disembelih. Aku kehairanan lagi, lalu aku
menyoal dafi lagi, “kalau tak sembelih, macam mana nak masak?”. Si Dafi
menjawab, “Macam mana nak sembelih bang, babi itu bukannya ada leher pun”.
Hurm, betul jgak.. habis gi mana yer? Pusing ni.. pusing.. dafi pun memberitahu
bahawa babi itu akan ditumbuk dan dipukul sehingga mati.. Owh, sadis sungguh
saat kematian babi di bali..
Dah sampai kat Ubud, abang
meneruskan langkah ke lereng-lereng bukit dimana terdapat padi. Agak excited masa
tu, abang berjalan turun, lepastu naik pulak ke sebelah bukit yang lagi satu.
Alang-alang dah sampai, baik terokai habis jalan kat situ. Sampai berpeluh baju
abang. Tp jalan kat sini agak sempit dan berbahaya. Kena hati-hati, silap
langkah jatuh dalam sawah padi. Dalam perjalanan nak ke kereta tu, sempat la
jumpa pasangan Malaysia yang aku jumpa kat kedai silver pagi tadi. Berborak la
kejap, nanti cakap abang ni MR arrogant plak..
Ni la padi
bukit. Serius cantik pemandangan dia. Rasa nak lompat dalam sawah padi tu
sambil menangkap ikan puyu. Ada ikan ker dalam tu?
Aku cakap kat
mak cik ni, nak ambik gambar dia, terus dia ambik topi kat atas meja tu letak
atas kepala dia.
Next destination is Tanah Lot. Jauh
jgak la perjalanan nak ke tanah lot ni. Tp bila dah sampai serius puas hati.
Kat sini ada satu Pura yang dipanggil sebagai Pura Batu Bolong. Bunyi macam
hantu sundal bolong kan. Batu bolong tu maksudnya ada lubang pada batu tu.
Abang malas nak cakap banyak pasal tanah lot ni, u all tgk sendiri la
gambar-gambar selfie selpah abang kat sini. Biarlah gambar yang berbicara..
Jangan muntah sudah.
Day 3
Hari ni bangun awal sikit sebab nak
kena kemas beg. Hari ni last day abang kat hotel ni, sebab hari ni abang akan
check in kat hotel lain pulak. So selepas breakfast, abang tunggu si Dafi kat
lobi. Dan seperti semalam, Dafi sampai tepat pada waktunya. Bagus la.. Dan kami
memulakan perjalanan ke Nusa Dua. Kat Nusa Dua ni tempat untuk bermain sukan
air. Abang dah bagi tahu awal-awal kat Dafi ni yang abang teringin nak diving.
Kalau nak tau, diving kat sini tak perlu lesen pun. So dia pun bawak abang
berjumpa dengan satu agen ni. Dia cakap agen ni ok skit, bleh tawar menawar.
Agen ni offer abang beberapa pakej untuk sukan air, so abang pilih la diving,
parasailing dengan flying fish. Harga asal yang yang dia bagi tahu abang adalah
IDR2,500,000. Ape? 2 juta? Yup.. betul. Katanya diving tu mahal skit.. ok la..
bleh diterima. selepas sesi tawar
menawar, akhirnya harga yang dia offer untuk abang bagi 3 aktiviti tadi adalah
IDR 1,300,000. (Lebih kurang dalam RM400). Itupun abang rasa mahal lagi tu. Ok
la.. x per. Abang pun bersetuju dengan harga tersebut. Sambil buka wallet tu,
abang sempat la pesan dengan Dafi, supaya nanti singgah ke ATM CIMB NIAGA.
Aktiviti pertama abang adalah
diving. Ingat ramai yang pergi diving, rupanya abang sorang jer dalam bot yang
pergi untuk diving. Yang lain tu ramai-ramai naik bot tu mungkin pergi untuk
buat sea walker. Sea walker tu antara aktiviti yang special yang ada kat Bali.
Rasa kat Malaysia pun tak der lagi. Kalau nak taw, sea walker ni agak menarik,
korang akan dibekalkan dengan satu topi, topi tu membolehkan anda berjalan dan
bernafas di dalam air. Topi tu macam balang air la. Kalau korang x dapat
imagine macam mana, korang tengok cerita spongebob squarepants, korang mesti
kenal dengan watak Cik Sandy dalam cerita tu. Cik sandy tu seekor tupai yang
hidup dalam laut. Cara dia nak hidup dalam laut tu, dia akan pakai satu balang
kat kepala dia. So macam tu la rupanya sea walker. Aku rasa aktiviti sea walker
tu dapat inspirasi dari cerita spongebob jugak.. Berbalik kepada cerita diving
aku tadi, kat atas bot tu aku diberi sedikit penerangan tentang kaedah
pernafasan menggunakan tabung gas, serta isyarat tangan yang akan digunakan
sebagai kaedah komunikasi. Dah faham, aku pun bersiap untuk turun ke dalam
laut. Aku pun mula memperaktikan skill yang selalu aku tengok kat dalam tv,
kalau orang nak diving jer mesti dia akan terjun ikut belakang. Abang pun try
la terjun ikut belakang. Yer la, kalau terjun ke depan mesti masuk dalam bot
balik.. Ha..ha.. Lawak bodoh..
Dengan perlahan-lahan, aku turun ke dasar laut. Agak
gementar jugak, almaklumlah kali pertama buat diving. Terasa sedikit tekanan
pada gegendang telinga. Arus pada saat itu agak kuat, sesekali aku terasa
sedikt pening akibat pergerakan arus laut yang agak kuat. Tapi semua itu hilang
saat aku melihat ikan-ikan yang cantik datang bermain di depan mata. Dalam
banyak-banyak ikan yang aku tengok, hanya satu ikan jer yang aku kenal iaitu
ikan nemo. Itupun sebab aku ada tengok cerita kartun Findings Nemo. Agak lama
jugak aku menyelam, sempat la selfie dengan ikan-ikan kat bawah tu, akhirnya
kami naik ke dasar laut. Mungkin aku naik terlalu cepat, terasa tekanan yang
agak kuat pada gegendang telinga. Saat naik kat atas bot, aku terasa seperti
kurang selesa. Aku ludah air masin yang masih ada di dalam mulut aku, dan agak
terkejut apabila ludahan aku bercampur darah. Mula risau, dari mana datangnya
darah itu. Selepas beberapa kali aku meludah, akhirnya darah itu semakin
hilang. Risau pun ada, tp aku hanya berdiam diri. Akhirnya bot menuju ke jeti.
Aku pun bagi tahu dafi, yang mulut aku asyik keluar darah. Dafi pun bagi tahu
aku, itu perkara normal bagi yang tak biasa menyelam. Ia terjadi sebab
berlakunya tekanan pada paru-paru, bermakna paru-paru aku agak lemah. Hampir 2
hari jugak la darah tu berhenti dari keluar.
Patut la brother
tu asyik berkepit dengan aku time diving. Bila aku balik tengok gambar satu
persatu, baru aku tahu rupa-rupanya brother
kat belakang tu curi oksigen dari tabung gas aku..
Selepas aktiviti diving, aku buat
aktiviti flying fish. Flying fish ni dimana aku naik pelampung yang diheret
oleh sebuah bot laju sehingga pelampung itu terbang. Tak der la best sangat.
Rasa macam membazir plak. Tapi yang paling best parasailing. Yang ni aku kena
pakai payung terjung kat tepi pantai, lepastu ade bot laju yang tarik aku
sampai aku terbang bersama payung terjun tu. Memang best sangat masa kat atas
tu. Tapi time nak landing tu agak susah skit sebab kita kena control sendiri
payung tu masa nak landing. Silap landing jatuh dalam air. Nasib baik aku
landing di tempat yang betul walaupun sedikt tersasar dari tempat asal. Tapi still
atas darat lagi. Mana tak tersasar, aku dah la rabun, aku x nampak pun
sebenarnya tempat landing tu. Tapi ade satu pelancong korea ni, ntah ape yang
dia buat masa nak landing tu, tersalah landing akhirnya masuk dalam laut..
basah habis payung..
Sempat lagi posing ala-ala pari-pari turun dari kayangan.
Dah selesai semua aktiviti, aku pun
kembali ke jeti. Kat jeti tu bleh la mandi dan tukar baju. Settle semua aku
meneruskan perjalanan seterusnya. Destinasi seterusnya adalah Pendawa Beach.
Dafi membawa aku ke ATM CIMB NIAGA seperti yang aku bagi tahu sebelum tadi. Aku
pun keluar dari kereta dan menuju ke mesin atm. Aku buka wallet aku dan mencari
kad atm cimb aku. Mana yer kad atm aku?
Dalam wallet x ada. Aku menuju ker kereta dan mencari kad atm di dalam beg
pakaian aku. Tidak ada juga. Dafi menyuruh aku ingt dimana kali terakhir aku
guna. Ya baru aku teringat, kali terakhir aku guna adalah semalam semasa dafi
berhenti isi minyak, aku ke atm cimb untuk keluar duit. Dan baru aku teringat
yang aku tertinggal kad atm aku di mesin atm. Ya Allah… Disinilah kisah hitam
aku bermula..
Fikiran aku ketika itu agak buntu.
Sudah la di negara orang, seorang diri pulak tu. Dan aku agak bernasib baik
ketika itu kerana baki di dalam wallet aku sekitar IDR 1 juta. Tapi apa yang
aku boleh buat dengan 1 juta rupiah sedangkan aku masih ada baki lagi 3 hari
untuk balik ke Malaysia. Dafi memberhentikan aku di sebuah restoran untuk makan
tengahari. Nak makan pun rasa tak selera, tapi dalam kerisauan tu habis jugak
nasi dengan ayam goreng rempah yang aku order tu.. sedap jugak.. Aku segera
wassup kakak aku dan memberitahu apa yang telah terjadi. Kakak aku terus membuat
semakan terhadap akaun cimb aku, alhamdulilah duit di dalam akaun masih
selamat.
Dafi meneruskan perjalanannya ke Pandawa
Beach. Sampai di sana, aku sempat berkenalan dengan seorang lagi kawan Dafi,
namanya Fatah. Aku cerita masalah aku pada fatah, dan fatah memberi beberapa
penyelesaian yang boleh aku buat. Dan dia menyarankan supaya aku segera ke
cawangan CIMB NIAGA terdekat supaya aku dapat keluarkan wang cash secara terus
di kaunter. Katanya lagi, perkara macam ni biasa berlaku kepada pelancong. Aku
agak sedikt cool selepas bertemu dengan Fatah. Serius aku cakap, sepanjang aku
berkenalan dengan Dafi dan Fatah, memang aku boleh masuk kepala dengan dorang.
Dah jadi macam kawan rapat plak. Sampai hilang sekejap dari fikir masalah.
Di Pantai Pandawa, aku sampai tu
cuaca agak panas terik. Aku pun berjalan sekitar pantai. Bagi aku, pantai ini
tak der la menarik sangat, sama kot macam pantai lain. Bezanya jalan masuk ke
pantai ni, sebab nak ke pantai ni korang akan melalui kawasan bukit batu yang
telah dipotong. So itu kot yang menarik bagi aku. Pelancong memang ramai kat
pantai ni. Agak sesak la. Rata-rata pelancong datang dari Indonesia sendiri.
Ni kat pintu masuk pantai Pandawa. Muka tu berpura-pura
senyum walaupun dalam hati tak tenang sebab kat atm hilang.
Seterusnya aku dibawa oleh Dafi ke
Pantai Dreamland. Nak ke pantai ni kena naik kereta yang telah disediakan. So
dafi hanya hantar aku ke stesen tempat berkumpul jer. Dia tunggu aku disitu
jer. Aku pun pergi la sorang-sorang naik kereta yang dimaksudkan yang kebetulan
baru sampai. X jauh pun. Rasa dalam 10 minit dah sampai pantai Dreamland. Kat
pantai tu serius aku cakap, cantik sangat. X pernah aku jumpa pemandangan pantai
yang secantik itu. Aku rasa paling banyak aku selfie kat pantai dreamland la. Korang
tengok sendiri gambar selfie aku.. malas nak cita, biar gambar la berbicara.
Dah 2 hari berjalan baru teringat nak selfie dengan cermin
mata gelap ni. Huh. Sudah terlambat.
Akhir sekali aku menuju ke Ulluwutu
Temple. Kat sini la tempat aku akan tengok Kecak Dance. Tp sebelum tengok kecak
dance, aku jalan-jalan dulu dengan Dafi sekitar temple tu. Tp hati-hati kat
sini tau, banyak monyet. Silap hari monyet tu akan gangu kita. Dia bukan nak
apa pun, dia nak makanan jer.. tp untuk dapat makanan dia akan ambil barang
kita dulu. Kamera ker.. sebagai pertukaran dengan kamera tu, kena la bagi dia
makanan. Dan disebabkan abang pergi ke situ tidak menutup aurat, abang diberi
sehelai kain untuk dipakai sebagai menghormati tempat suci mereka. Dafi
mengajak aku berjalan sekitar temple, katanya ada tempat menarik yang dia ingin
tunjuk kat aku. I follow jer. Serius pemandangan kat sini memang cantik. Apa
lagi, dafi pun macam paham-paham jer aku nak suruh dia ambik gambar. Bagus
jugak dia ikut. Bleh jadi Photographer aku.. he..he..
Cantik tak fesyen abang?
Selfie
dengan Dafi skit.
Sambil nak tunggu waktu persembahan
kecak dance bermula, aku duduk lepak dengan Dafi. Dia memperkenalkan aku pada
satu supir ni. Aku tak ingt namanya. Tp supir ni bukan kerja dengan Pak Yanto.
Tp ramah jugak la orangnya. Tengah rancak borak tu, si Fatah plak sampai.
Memang borak tak ingt dunia la. Si Fatah ni pun bleh tahan ramah. Lepas muncul
Fatah, muncul plak satu orang ni, pekerja pak yanto jugak. Aku tak ingt nama
betul dia, tapi dorang panggil dia Rahul. Wah nama ala-ala Hindustan gitu. Si
Rahul ni asyik kena bahan jer dengan Fatah dan Dafi. Memang masa tu aku dah
borak dengan dorang macam dah bertahun kenal. Serius memang masuk kepala.
Tambahan dorang dengan aku lebih kurang sebaya jer. Serius best. Tp sayang aku
x sempat nak snap gambar dorang..
Persembahan Kecak dance pun dah nak
bermula. Dafi menghantar aku ke tempat persembahan. Persembahan tu bermula
senja hingga ke waktu malam. Lebih kurang sejam la. Persembahan dia agak
menarik bagi aku walaupun aku sendiri tak paham sangat jalan cerita dia. Aku
diberi synopsis jalan cerita persembahan tu, rasanya dua kali aku baca still
aku x faham lagi cerita dia. Tp apa yang dapat aku agak, mungkin persembahan tu
berkisahkan tentang penculikan kot. Macam kisah penculikan dalam drama Gerak
Khas kot. Bezanya gerak khas guna pistol untuk berperang, yang ni guna panah.
Nampak sangat aku menipu. Dan yang menarik tentang persembanah ni lagi, tiada
alat muzik yang digunakan sebagai muzik latar, hanya suara sekitar 70 orang
pria yang buat bunyi kecak..kecak..kecak.. cak..cak..cakk.. uuuuuuuuuuu..cakk..
cak.. cak.. cak. Uuuuuuuu.
Ni la Kecak Dance. Cak..cak.. cak uuuuuu.. itu jer yang aku
ingt dorang sebut..
Selepas persembahan kecak dance aku
bergegas ke kereta untuk balik ke hotel. Dalam kereta aku kembali memikirkan lagi masalah kad atm aku yang
belum ada penyelesaian. Aku berdiam buat seketika waktu tanpa berborak apa-apa
dengan Dafi. Sesekali Dafi asyik memerhatikan aku yang agak lama tidak
bersuara. Aku perpura-pura tidor, sepanjang perjalanan pulang ke hotel.
Akhirnya aku tiba di hotel. Untuk kali ini aku memilih
Fourteen Roses Beach Hotel, area legian. Dan itu kali terakhir aku berjumpa
dengan Dafi. Sangat terharu layanan dia sepanjang aku bersama dia di Bali.
Supir yang agak baik, dan bagi aku dia bukan saja seorang supir malah aku dah
anggap dia sebagai seorang kawan baik. Urusan check in berjalan agak lancar
kerana segala urusan pembayaran telah aku buat melalui airasiago.com. So no
need to pay anything. Terus bagi tahu nama, dan dia terus bagi kunci.
Persekitaran luar hotel agak cantik. Pool pun cantik jer, tp aku x sempat pun
nak mandi kat situ.
Setibanya aku di bilik, aku berbaring seketika sambil
memikirkan nasib aku. Kadang-kadang terpikir, adakah ini balasan aku sebab tak
bagi tahu family aku awal-awal yang aku pergi ke bali seorang diri?. Ketika ini
terbanyang satu persatu wajah orang yang kita sayang, sambil mengenang nasib
seorang diri di negara orang. Dan ketika itu, kakak aku wassup bertanyakan
keadaan aku ketika itu. Alhamdulilah, semua berjalan lancar. Dan dia sempat
berpesan kepada aku supaya segera ke cawangan cimb lebih awal pada pagi esok
dan bagi tahu dia adakah urusan pengeluaran duit melalui kaunter berjaya. Aku
membuka wallet aku dan mengira jumlah baki yang tinggal setakat itu. Sekitar
IDR 300,000.
Day 4
Hari ini aku bangun agak awal. Seperti biasa, aku breakfast
dengan Megi Kari Extra Pedas (Bukan Promote yer). Sedang enak menjamu selera,
talifon di bilik aku berbunyi. Rupanya receptionist call nak bagi tahu, motor
yang aku booking tiba lewat skit. Katanya pukul 9.30 pg baru dorang akan
hantar. Motor ni abang booking dengan orang hotel. Agak murah jugak la. IDR
50,000 untuk satu hari. So abang booking 3 hari. Disebabkan motor lambat tiba,
aku pun terus geogle pejabat CIMB NIAGA terdekat. Rupanya, pejabat CIMB NIAGA
tak jauh pun dari hotel aku. Dalam 400 meter jer. Aku pun terus pergi berjalan
kaki ke pejabat CIMB NIAGA. Lebih kurang 15minit aku sampai. Aku menceritakan
masalah aku kepada pengawal keselamatan di bank itu, dan dia menyuruh aku
supaya merujuk masalah aku di bahagian customer service. Aku menceritakan
masalah aku kembali kepada bahagian customer service, dan jawapan yang
diberikan di bahagian customer service “ walaupun kami merupakan bank di bawah
satu jenama yang sama, tetapi kami mempunyai system pengurusan yang berbeda.
Segala urusan berkaitan pengeluaran wang hanya bisa dilakukan melalui tranksasi
di mesin atm sahaja, tidak bisa dilakukan melalui kaunter. Dan urusan
penggantian kad yang hilang juga hanya bisa dilakukan di Malaysia kerana akaun
bapak dibuka di Malaysia.”. Terasa dunia gelap seketika mendengar
penjelasannya. Akhirnya aku meminta pendapat beliau cara yang paling pantas
untuk mengirim wang dari Malaysia ke Indonesia.
Untuk urusan pengiriman wang dari Malaysia ke Indonesia terdapat
dua kaedah yang pantas. Pertama melalui Speedcash yang terdapat di Bank CIMB.
Boleh rujuk pihak CIMB Bank untuk maklumat lanjut. Dan cara yang satu lagi
adalah melalui Money Gram. Selepas penerangan yang dibuat oleh pegawai bank
tersebut, aku memilih kaedah Money Gram yang aku rasa paling terbaik, mudah dan
pantas. Aku segera wassup kakak aku supya dia dapat membuat pengiriman wang
melalui Money Gram. Dan dia berjanji akan membuat pengiriman wang secepat mungkin. Aku kembali ke hotel
sementara menunggu kakak aku membuat kiriman wang. Setibanya di hotel, motor
yang aku booking dah tiba. Urusan pembayaran pun selesai. Kali ini hanya
tinggal IDR 150,000 baki dalam wallet aku. Kira-kira 30 minit selepas itu,
kakak aku bagi tahu yang urusan penghataran wang melaui Money Gram selesai. Dia
memberi nombor rujukan untuk aku isi di borang pengeluaran Money Gram. Sepantas
kilat, aku membonceng motor terus ke pejabat CIMB NIAGA. Dan borang pengeluaran
terus aku isi. Akhirnya nombor giliran aku dipanggil untuk urusan kaunter.
Pegawai bank meminta passport sebagai bukti pengesahan identity diri dan
menyuruh aku menunggu sehingga nama aku dipanggil kembali. Aku menanti dengan
penuh debaran. Lebih kurang 15 minit,
nama aku dipanggil. Pegawai bank tersebut menyerahkan wang IDR 3 juta kepada
aku bersama passport aku kembali. Terasa seperti nak cium jer pagawai bank tu
sebagai tanda terima kasih. Syukur sangat. Akhirnya percutian aku yang sebelum
ini nampak seperti akan berakhir dengan episode duka kembali bersinar bak sang
suria yang menyinari Bandar Kuta. Cewah. Apa, apa pun terima kasih kepada kakak
aku sebab dia yang banyak tolong aku. Yerla, kalau kakak tak tolong adik, sape
lagi nak tolong kan.
Hari tu, disebabkan terlalu happy, aku naik motor pusing
sekitar bali sampai la aku sesat. X jumpa jalan balik.. ha.. ha.. Nasib baik
ada Waze. Bak kata Dafi “ Kalau abang sesat, guna saja Wazir”. Aku mula-mula terpikir
jugak, apa benda tu Wazir yang dimaksudkan oleh dafi. Rupa-rupanya Waze.. owh..
baru ku tahu korang panggil Waze sebagai Wazirrrr…
Day 5
Hari ke lima ni abang bangun agak lewat. Sedap tidor
gamaknya. Almaklumlah malam tadi g massage. Tp massage tempat elok ok. Jangan
pikir negative. Hari ni abang tak breakfast pun. Tak tahu nak makan ape. Bangun
mandi lepastu terus keluar. Kali ni destinasi abang ke Krishna. Nak ke
sini tak jauh pun. Rasanya abang bawak
motor tak sampai pun 20 minit dah sampai. Apa yang ada kat Krishna ni? Kat sini
la tempat yang sesuai untuk membeli cenderahati untuk bawak balik ke Malaysia.
Harganya sangat murah. Seingat abang, abang shoping kat situ sampai habis IDR
600,000 (lebih kurang RM200). Ape yang abang beli sampai bnyak mcm tu? Abang
beli beg tangan untuk kakak dan mak, baju untuk adik, abang dan abah, pastu
sedikit cenderahati untuk kawan-kawan kat ofis. Dekat separuh hari jugak la kat
situ. Dah settle membeli belah kat situ, abang pun balik ke hotel. Sebelum tu,
singgah ke KFC dlu untuk makan tgh ari. KFC lg. Bagi abang makan kat kfc senang
skit, tak payah piker soal halal dah sebab dah memang sah-sah halal, pastu
murah dan cepat. Selalu abang akan order nasi, ayam dua ketul, sup, spageti,
burger dan air coke. Kalau x habis makan abang akan simpan untuk makan waktu
malam. Jimat kan..
Dah sampai hotel abang rehat la kejap. Sambil-sambil layan
mata yang rasa mengantuk selepas makan. Dah hilang penat skit abang pun tukar
pakaian. Petang ni hajat di hati nak mandi laut. Abang pun keluar la jalan
kaki. Malas plak nak naik motor. Jap lagi parking kat tepi pantai kena bayar
parking lagi. Tiap kali parking IDR 2000. Semua tmpat di area kuta rata-rata
parking motor dorang cas IDR 2000. So mmg abang dah standby siap-siap la duit
parking. Hah lagi satu minyak petrol, petrol kat sini banyak jer jual dalam
botol kat tepi jalan. So senang la.. tp mahal skit la kalau nak compare harga
petrol di Malaysia. Aku rasa kalau skooter yang aku naik tu kalau nak isi
petrol full tank mau RM20.
Ni la skuter
abang. Comel macam abang..
Petang tu abang berjalan la dulu di tepi pantai. Hajat hati
nak belajar surfing.Best plak tengok dorang main surfing. Tapi segan plak rasa.
Tak per la. Next time la. Kali ni jalan-jalan dulu sambil cuci mata. He..he..
dah penat berjalan, berjemur plak. Kononnya nak kasi gelap skit la. Baru Nampak
macho, ala-ala beach boy gitu. Ha..ha.. Dan apabila petang skit, abang pun mula
bermain ombak sorang diri. Ombaknya agak kuat. Tp best gak la sekali sekala
dapat mandi laut.. Hilang semua kekusutan di fikiran.
Day 6
Hu..hu..hu.. sedihnya hari ni adalah hari terakhir abang kat
bali. Bangun pagi abang kemas beg dulu. Dah siap kemas terkejut plak. Datang
satu beg jer. Balik ada dua beg. Yang satu beg tu penuh dengan cenderahtai jer
nak bagi kat orang. Tengah siap kemas, talifon di bilik berbunyi. Rupanya
receptionist call tanya nak check out pukul brapa?. Amboi, x sabar nak halau
nampak. Aku cakap la pkul 11 nak check out. Lg pun nak check out awal-awal pun
abang tak tahu nak pergi mana. Flight abang pukul 7.45 malam. Lambat lagi. Pak
supir plak datang jemput dari hotel pukul 4 petang. So abang pun bermanja-manja
dlu la di atas katil. Hari tu kuar agak lewat, kebetulan ada cita best kat tv.
Layan dulu la. Tepat pukul 11 pagi abang pun check out kuar hotel. Tp abang
mintak simpan beg abang di ofis hotel, sebab abang nak kuar jalan-jalan dulu.
Tengok minyak motor pun banyak lagi. Rugi ni. Abang pun membonceng motor
ronda-ronda sekitar kuta. Tp sebelum tu
singgah kat MC Donadl dlu. Lapar plak. MC Donald kat sini pun halal tau.
Terpangpang besar-besar logo halal di pintu masuk MCD. Lepas kenyang makan MC
D, abang berjalan-jalan plak kat shoping mall. Mall tu kalau tak salah abang
nama dia Beach walk Mall. Tak der la best sangat kot. Kedai pun tak banyak pun.
Setakat nak jalan-jalan ok la. Lepastu abang sambung plak berjalan di pantai
Kuta. Cuaca agak panas hari tu. Sambil lepak jalan tepi pantai tu terpikir plak
bila agaknya aku akan ke sini lagi?. Rasa tak puas plak.
Jam sudah menunjukkan pukul 12.30 p.m. aku pun tak tahu nak
pergi mana dah. Akhirnya aku buat keputusan untuk call Dafi mintak kawannya
jemput aku kat hotel awal skit. So kawannya cakap pukul 1.00 petang dia akan
datang jemput aku di hotel. Aku pun bergegas balik ke hotel dan menyerahkan kunci motor pada
receptionist. Tepat pukul 1.00 petang pak supir pun datang. Supir kali ni
namanya Iwan, juga pekerja Pak yanto. Ramah juga orangnya. Banyak perkara dia
borak dengan aku dalam kereta. Siap dia call Dafi suruh cakap dengan aku,
lepastu dia call Pak Yanto plak suruh aku cakap dengan Pak yanto. Memang
terbaik la layanan korang. Terharu aku. Dalam setengah jam perjalanan aku pun
sampai di airport Ngurah rai. 1st sekali aku kena cari toilet, kena
tukar baju. Berpeluh-peluh tadi, kan pengsan sape duduk sebelah aku dalam
flight nanti. Dah settle tukar baju abang pun lepak la kejap kat kerusi
menunggu tu. Hajat tu nak lelap mata la kejap. Sedang lelap mata tu ade la satu
pasangan tua dari Australia lepak kat kerusi sebelah aku.. Maybe nak tgu flight
jgak kot. Agak lama jugak aku berbaring kat kerusi tu, mak cik dari Australia
tu pun tegur aku. “Where are you going?”. Abang pun jawab la “go back to my
home, Malaysia”. Mak cik tu pun jawab balik “Me too. Waiting my flight to
Melbourne. What time your Flight?”. Eh banyak tanya plak mak cik ni. Orang nak
tidor ni. Aku pun jawab la balik “ at 7.45 pm.” Dia tanya lagi, “why you come
so early?” Aku jawab balik “I don’t know where I would go, that’s why I came
early. So what time your flight?”. Mak cik tua tu pun menjawab “ its late than
your flight, at 10pm”. Ciss, ingt flight dia lagi awal dari aku, rupanya lagi
lambat dari aku. Propa betul mak cik ni..
Pukul 5.45 petang
abang pun pergi check in lurgage. Proses berjalan agak lancar, dan yang tak
lancarnya abang kena bayar tambahan IDR 315,000 sebab bagasi abang lebih 300
gram. Celaka punya. Mahal gila vavi. Abang beli lurgage untu 15kg jer. Sekali
timbang 17 kg. Puas abang selongkar beg dan kutip barang dalam beg untuk
dimasukkan dalam beg sandang abang. Last kali timbang 15.3 kg. 300 gram tu bayar
jer la.. dah tak tahu nak korek ape lagi.
Pemandangan
pantai kuta pada waktu senja. Cantik kan.
Tepat jam 7.00 petang flight abang pun sampai. Dan seperti
yang dijadualkan, flight abang pun berlepas meninggalkan lapangan terbang
antarabangsa Ngurah rai dengan seribu kenangan pahit dan manis. Sesungguhnya
pengalaman bercuti secara solo banyak meninggalkan kesan yang mendalam pada
abang. Abang taka de tips sangat nak bagi. Abang rasa kalau korang serch kat
tenet berlambak tips ke bali ni blogger lain dah tulis. Cuma kat sini abang
senaraikan apa yang abang rasa bila travel secara solo. Itu yang buat travel
solo ni jadi best.
- Kita akan sentiasa dapat kawan baru seperti.
- Kita menjadi terlalu rapat dengan penduduk tempatan sampai satu tahap kita seperti berada dalam komuniti meraka.
- Kita bebas mengembara ke mana destinasi yang abang suka tanpa halangan.
- Kita lebih memahami sesuatu adat resam secara mendalam dan berpeluang mendalaminya.
- Dan paling best, orang pun tak peduli kita dan sampai satu tahap, orang pun tak tahu yang kita sebenarnya adalah pelancong.
- Jarak jauh antara keluarga membuatkan kita lebih menghargai orang yang kita sayang.
- Kita dapat mengetahui sejauh mana kasih sayang keluarga terhadap kita apabila kita berjauhan dari mereka.
- Kita sentiasa ingin mencuba walaupun sesuatu perkara itu adalah sesuatu yang baru bagi kita.
- Kita menjadi lebih berdikari kerana segala urusan akan kita selesaikan secara sendiri.
- Dan pengalaman berhagra yang kita lalui menjadi pengalaman yang paling mahal yang pernah kita tempuhi kerana hanya kita sendiri yang lalui pengalaman itu.






















