Boracay 2023
Lama betul tak update blog. Dulu kononnya nak aktif
berbloger la kan. Tp sejak aku sambung blajar terus ke laut. Padahal masa aku
blajar dlu byak jugak trip aku buat. Solo ke Korea, ke Flores, Nusa Penida,
Phuket, Krabi, Hatnyai Dan jugak Cambodia. Tp malas dah la nak cita trip yang
lama-lama tu.
Kali ni aku nak cita pasal trip ke Boracay. Waktu aku tulis
blog ni aku aku dekat Airport Kalibo, sementara tunggu flight ke manila. Trip
Kali ni aku pergi berdua dgn member aku masa belajar dulu. Dia budak Sabah.
Nama dia Dat. Sebabkan lama sangat tak travel selepas PKP ari tu, aku decided
nak travel ke Filipina. Kenapa aku pilih Filipina, sebabnya aku x pernah sampai
la.. Disebabkan si Dat ni dah byak Kali ke Manila, aku ajak la dia. Dia pun on.
Plan asal nak jalan2 ke manila jer, tp Disebabkan aku rasa macam bosan jer kat
manila, aku ajak la dia ke Boracay. Dia pun on. Harga ticket flight ni aku
malas la nak cita sebab aku pun x ingt dah. Rasa kl - manila - kl dalam rm6++
kot. Manila boracay manila dam rm2++. Trip Kali ni plan nak santai2 jer. Lepak
pantai Boracay. Pantai Boracay ni pernah disenaraikan sebagai Pantai Tercantik
Di Dunia kan. So kita tengok la cantik ker tak.
3 June 2023
Flight aku jam 8.10pagi Di Klia 2. Kali ni aku travel sorg
la dari KL. Dat dia fly dari Kota Kinabalu direct ke Manila. So ktorg jumpa
dekat manila Airport jer. Perjalanan mengambil masa 4 jam. Sakit jugak la
punggung aku sebab tak bergerak. Perjalanan smooth jer. Flight aku landing jam
12.40 petang waktu Manila. Waktu Manila dengn Kl sama jer. Masa kat Klia tu,
staff air Asia dah mintak kita isi siap2 form etravel. Isi kat website dia jer.
Dah siap isi tunjuk kat dia baru dia bagi masuk gate. Kat manila nanti tunjuk
jer kat pegawai imigresen sana e travel form tu. Kalau korg yg x der data tu
better print screen siap2 form tu takut nanti sampai kat manila tak bleh buka
plak. Macam aku buat roaming Celcom siap2, ok la. Aku beli plan roaming Celcom
rm58 untuk seminggu, 2gb data satu hari ok la. Malas dah aku nak beli sim kad
kat sana. Sampai kat airport manila terus aku tukar network provider kepada
globe. Globe tu macam mmbr partner kepada Celcom la.
Lepas keluar jer imigresen Manila aku ke pintu keluar. Masa tu aku dok cari la si Dat ni mana la dia. Dok pusing2 cari dia pastu dia tegur aku. Nasib jumpa. Kesian dia lama tunggu aku. Dia sampai kol 5 pagi, dia tunggu aku sampai kol 12 tengahari. Tp tak per la flight dia dari Kota Kinabalu 2 jam jer. Ktorg pun order la grab nak ke hotel. Grap pun cepat jugak la sampai. Sepanjang jalan nak ke hotel tu jam jugak la jalan. Jarak hotel ke airport dalam 7km jer. Tp sesak dia x bleh bawak bincang. Ktorg trun kat Baclaran. Tambang dalam 230 peso jer. Pastu ktorg pusing cari kedai makan halal, pening jugak la mencari. Brapa Kali ktorg masuk mall mencari. Dat cakap ada satu kedai mkanan halal area situ. Nama kedai tu Mai Mai Halal Kainan. Tp jalan kat luar mall tu sangat menakutkan. Macam berjalan di lorong Haji Taip. Dengan orangnya bertatu bagai. Seram. Akhirnya jumpa jugak. Owner kedai Muslim boleh speaking. Senang skit la. Makanan dia pun sedap. Harga pun tak la mahal sangat. Dalam 300 peso untuk Dua orang makan. Ok la.
Petang tu ktorg reheat jer tdor kat bilik. Malam baru kuar
cari makan. Kali ni ktorg makan kat satu kawasan komuniti Islam. Mudah
skit la nak cari makan. Nak g situ Dari hotel ktorg kena naik Mrt dekat Steven dekat dengan hotel. Tak ingat plak nama stesen tu. Masa nak naik train tu aku kena tahan kejap. sebab tak pakai mask. pastu ada la orang lokal situ dia nampak aku x der mask, dia berbesar hati bagi aku mask. Dapat jugak aku naik train. Lepas naik traintu ktorg trun kat stesen Carriedo. Jalan kaki skit dalam 10 minit sampai la.
Kat sini kebanyakan komuniti Muslim. Tengok penduduk sini ramai yang bertudung.
Restaurant halal pun banyak jugak. Ktorg singgah makan kat satu restoran muslim ni. Makanan
dia sedap jugak. Ktorg ambik ayam dengan ikan, nasi 3. Total semua 250 peso
jer. Kira murah la tu. Lepas makan tu ktorg pusing2 area situ. Kalau korg tgk
suasana sekitar jalan tu mesti korg rasa seram. Ada yang tidor tepi jalan,
melepak ramai2 tepi jalan. Nak jalan pun seram. Aku berjalan depan satu universiti
ni, tengok universiti ni pun seram. Macam kawasan gengster. Sepanjang aku
berjalan kat sana, aku perasan ada satu makanan ni sangat famous dekat sana.
Teluk itik rebus. Tp telur tu bukan yang baru Tau, aku tengok siap ada nampak
anak itik lagi dalam tu.. rileks jer dorg makan. Huhu.
4 June 2023
Pagi tu ktorg
breakfast kat bilik jer, aku ada bawak nasi goreng ayam Pak brahim.. Fuh time
lapar ni semua sedap. Ktorg check out pastu terus ambik teksi ke Airport.
Sampai kat airport pun terus jer masuk sebab dah check in awal2. Flight Kali ni
ktorg ambik Dari manila ke Caticlan. Perjalanan sejam jer. Sampai kat airport
terus nampak ada orang jual ticket untuk ke jetty. Tp Dat ajak naik tricycles
sebab murah skit. Lg pun lebih santai. Stakat Dua tiga orang ni sangat sesuai
naik benda alah ni kalau nak ke jetty. Harga dia pun murah jer.
Sampai kat jetty tu nanti korg masuk ker bangunan sebelah kiri tu. Kat dalam tu nanti korg kena isi borang ketibaan pelawat, pastu bayar tax skit dengan beli ticket boat. Harga aku x ingt plak. Dah selesai beli ticket tu tunjuk kat driver boat tu nanti dia suruh la naik. Perjalanan boat pun sekejap jer tp sepanjang perjalanan ko bleh tgk view laut yg jernih tu. Mmg cantik.
Bila dah sampai pulau Boracay tu aku dengan Dat naik keta elektrik tu ke hotel. Bayaran dalam 150 peso jer ke stesen 3. Aku booking hotel kat Emerald Bay Boracay. Hotel pun x jauh sangat dengan pantai. Cuma jalan masuk tu macam tersorok skit. Puas jugak la aku mencari jalan masuk dengan Dat.
Petang ktorg kuar jalan kat tepi pantai, tp pantai sebelah belakang. Kat sebelah tu x cantik sangat sebab hutan payah bakau. Pastu ktorg jalan ke kampung2. Ktorg jumpa satu perkampungan orang asli Boracay. Tengok rumah2 dorg. Unik. Jauh jugak la ktorg berjalan, sampai sakit kaki aku.Dah penat berjalan ktorg balik jer bilik reheat.
5 June 2023
Hari ni ktorg plan nak kayuh basikal ke puka beach. Ktorg pun kluar la awal cari tempat sewa basikal. Jauh jgak la berjalan lpas tu x jumpa jugak. Sebab cuaca terlalu panas, aku ajak Dat cari kedai makan. Rata2 nak cari mknan halal sangat susah. Last2 ktorg beli air dan biskut jer lepas tu lepak tepi pantai.
Lepas makan tu ktorang sewa basikal. ktorg berkayuh dari Pantai stesen 2 sampai ke Puka Beach. Jauh giler tapi Dat stedy jer. aku jer banyak kali benti sebab sakit bontot. Seat keras.
6 June 2023
X sabar rasa nak balik hari ni. Teringat anak bini kat umah
la plak. Macam biasa aku bangun awal Dan kemas la beg aku lpas mandi. Nasi
brahim ada satu kotak lagi, tambah ada satu Indo mee dgn bihun fama, so ktorg
breakfast itu jer la. Dat pergi la ambik air panas kat pantry untuk ktorg
rendam mee, dengan bihun sambil aku kemas2 bilik. Kami pun breakfast dengan
penuh selera. Dat kutip semua cawan dan mangkuk bekas yg ktorg makan tadi.
Lepas siap basuh slamber jer aku tengok dia lap tangan dengan mulut dia dengan
towel hotel. Melekat merah kat towel hotel tu bekas sambal megi yang ktorg
makan tu. Bukan tu sahaja, lepas tu dia siap lap lantai pakai towel hotel tu
jgak. Memang melekat hitam kat towel hotel. Haha. Nasib la. Dah nak kluar tu
aku tengok dia lap kaki plak kat towel hotel sebelum pakai stokin.
Bertambah tambah la Kotor towel tu.. Haha, kelakar la ko ni Dat.
Aku trun la kat reception desk kat bawah nak pulang kunci
untuk check out. Dat plak pergi hantar cawan yang ktorg guna letak air panas
tu. Masa hantar kunci tu reception tu suruh tunggu, dia nak check bilik. Dalam
hati aku jgan plak dia perasan pasal towel yang Kotor sangat tu. Lepas 5 minit
reception tu trun dia cakap semua ok.. Fuh Selamat..
Ktorg jalan kaki jer jer dari hotel ke tepi jalan nak tgu
tricycle. Jalan dalam 5 minit sampai. Tricycle pun berlambak, sekali tahan jer
berhenti. Tambang dr hotel ke jetty dalam 25 peso jer sorg. Lpastu ktorg beli
ticket boat, dgn airport transfer ke Kalibo airport. Kali ni aku sengaja ambik
flight dari Kalibo sebab nak balik lewat skit. Dari caticlan awal sangat la
pulak. Sebab malam tu nak fly balik kl plak. Ticket boat dengan airport
transfer berharga 330 peso sorg. So ktorg pun naik la boat Dr jetty pulau
Boracay ke jetty Caticlan. sampai ke jetty Caticlan ada pakcik tu cakap kalau
nak ke airport Kalibo kena tgu bawah satu khemah tu. Lpastu ada satu pak cik
mintak ticket pastu suruh tgu dalam van. Pak cik tu tanya Dat sesuatu dalam
bahasa Tagalog, lpas tu Dat balas apa pun aku x Tau. Aku tanya la Dat Pak cik
tu tanya apa kat dia, dia cakap Pak cik tu tanya flight ke manila jam berapa?.
Pergh power la Dat dia faham bahasa Tagalog.. aku tanya dia macam mana dia Tau
Pak cik tu tanya jam berapa flight ke manila, dia cakap dia agak2 jer. 🤣
Haha.
Lama jugak la ktorg
tgu dalam van tu. Dah la panas, aircond macam malu2 dinosaur plak nak kluar.
Sakit hati. Konsepnya kna tgu org penuh baru dia jalan. Van gerak ke airport
Kalibo pada jam 11 pagi. Sepanjang perjalanan tu sempat la aku menikmati
panorama indah pulau Boracay tu. Aku perasan jalanraya kat sini banyak dibuat
dengan konkrit, anggaran ketebalan jalanraya tu dalam 500mm thick. Memandangkan
aku ni berkerja bahagian structure, aku rasa ketebalan tu ckup tebal. Patut la
jalan raya dorg jarang jumpa yang berlopak. Berbalik kepada kisah aku ke
airport Kalibo tadi, perjalanan ambik masa dalam 2 jam lebih. Sakit bontot aku
naik van ni, sakit bontot sebab naik basikal pun tak hilang lagi, ni tambah
sakit baru plak. Aku sampai airport
dalam pukul 1.30 petang. Ktorg lepak dlu kat luar airport. Pukul 2.30 baru
ktorg masuk. Flight pukul 4.
Masuk untuk scan beg semua. Kali ni aku sengaja tunjuk passport aku sedangkan dorg x mintak pun. Sengaja aku tunjuk kat dorg, nak Kasi Tau ktorg ni bukan orang lokal, x payah nak cakap bahasa Tagalog. Masa aku lalu kat mesin pengimbas tu, ada satu orang staff tu cakap " are u Malaysian, aku senyum jer la, pastu dia cakap u like local people. Ha Tau pun. Sebab tu aku tunjuk passport, kalau x korg asyik cakap Tagalog jer dengan aku.
Tengah tunggu flight air Asia ke manila tu, tiba2 ada pengumuman flight kitorg delay. Dah agak dah. Air Asia Dan delay berpisah tiada. Kalau delay sejak ke Dua jam bleh terima lagi. Ni delay 6 jam. Flight akan berlepas jam 10.25 malam. Gila Babai. Dah la flight aku Dari manila ke kl tu jam 10.40, memang terlepas la. Aku pun dah stress, tak kan nak beli flight baru. Beli last minit mahal plak. Aku pun buka Skyscanner cari flight lain Dr airport Kalibo ke manila. Nasib ada. Cebu airline ke manila jam 8.00 malam. Aku mmg dah nak beli dah. Tp Dat cakap kejap dia tanya staff air Asia. Dia pun g la tanya, lepas 5 minit dia balik. Dia cakap staff tu cakap jangan beli lagi, dorg akan carikan solution. Lama jugak la aku tgu, ticket Cebu air ni dah naik harga dah. Mula aku tgk harga dia dalam 5+++ peso. Lpas tu sekali lagi aku tengok 6+++ peso plak. Aku cakap kat Dat, dorg ni ada solution ker tak. Dia pun g tanya lagi. Kali ni Dat cakap dia x bagi beli lagi, dorg tengah usahakan solution. Lama jugak la tunggu lepastu dorg panggil aku dengan Dat. Dia bagi solution, dorg akan beli ticket Dat baru dengan Cebu Air, sebab Dat punya connecting flight jam 11 malam. Lagipun flight Dat ke KK akan ada 3 hari lagi. So mmg Dat kena balik malam ni jugak. Option untuk aku plak dia tukar ticket Dari manila ke kl tu jam 1.30 petang esok harinya. Fuh, lamanya.. aku mintak hotel dia x bagi. Alasan dia sebab x ckup 24 jam. Nak tak nak kena trima la. Lepastu dia email boarding pas baru manila ke kl. Kira ok la tu. Klu aku nak beli flight manila ke kl tu mau rm8++. Dekat jam 9.30 malam tu dia buat pengumuman plak yang flight ke manila delay lagi due tu bad weather in manila. Kahkahkah.. Mengamuk org kat sini.. Air Asia Dan delay berpisah tiada..
Akhirnya pada jam 12.25 pagi baru la flight air Asia sampai. Fuh Lama gila delay. X sabar rasa nak buat claim insurance. Hehe. Flight take off jam 12.50 pagi Dan tiba Di terminal 4 airport manila pada jam 1.50 pagi. Masa ni Dat mesej aku, dia cakap flight dia delay jam 4 pagi plak. Huhu. Bertambah la Dat. Aku ambik grab ke Manila Airport Hotel.
Hotel ni aku booking last minit. Masa aku ddk tgu kat
airport Kalibo tu. Dok pikir flight aku kol 1.30 ptg, baik aku tidok kat hotel
dlu. So aku pun booking la kat booking.com. masa sampai kat hotel tu aku mintak
la receptionist hotel tu check booking aku. Dia cakap aku x der bt reservation.
Aku tunjuk la bukti yg aku dah booking kat booking.com. sekali dia tengok aku
tersalah pilih tarikh la plak. Aku g pilih bulan ogos plak. So dia mintak aku
cancel booking dan booking balik. Dah booking balik tu harga mahal skit la.
Lantak la, janji bleh tidor. Aku dah penat sgt dah..
7 June 2023
Hari ni aku bgun awal skit.. sebab aku terkejut bos aku call. Dia klu call aku subuh2 pagi tu ada la dia nak suruh cover meeting mana2 tu.. sepatutnya aku kerja hari ni, tp dah flight delay terpaksa la mintak cuti emergency. Pastu ofismate aku, si afiq plak call. Aku wasup dia tanya nak apa? Dia cakap dia nak guna PC aku kat opis. Apahal la dia ni, PC sendiri ada nak jugak guna PC aku. Rindu aku la tu.. hehe.
Aku check out hotel jam 11.20 pagi. Aku mintak la
receptionist hotel tu cari teksi untuk aku. Dia pun cari. Dalam 5 minit sampai
la teksi. Perjalanan ke airport terminal 3 dalam 15 minit jer. Tambang dalam 245 peso. So aku masuk ke airport aku cari kedai makan
dlu. Nak breakfast jer. Aku x makan apa pun Dari awal pagi. Aku naik kat
tingkat 1 airport tu ada kedai jual mee Samyang Korea yang pedas tu. Ada halal.
Ok la buat alas perut. Lepas dah settle aku berjalan la ke gate 108. Besar
jugak airport dia. Tp klu nak compare KLIA, KLIA cantik lagi.. sambil berjalan
ke gate tu aku singgah la beli jajan untuk bawak balik. Aku beli buah2 kering
dengan kacang jer. Dah sampai gate aku boarding terus sebb aku tgk org tengah
beratur nak masuk.
Flight berlepas tepat jam 1.30 petang. Aku tengok cuaca kat
manila macam nak mendung. Maybe episod delay semalam akan berulang lagi pada
hari ini. Nasib flight aku dah nak take off. Kat dalam flight aku dah pre book
meals. Yang kelakarnya aku tersilap beli Dua nasi lemak Pak Nasir. Masa
pramugara air Asia hantar makanan tu dia siap perli aku lagi, "amboi bang,
kalau orang Malaysia jer mesti nak nasi lemak Dua bungkus". Haha, segan
aku..
So aku slamat tiba Di KLIA 2 pada jam 5.30 petang. Itu saje kot
catatan sepanjang perjalanan aku ke Boracay.
Kat sini aku nak list skit pendapat aku kalau korang nak datang Boracay.
1. Boracay ni pulau
dia kecik jer, so x payah datang lama2. Sehari Dua pun dah bleh cover.
2. Makanan halal
susah nak dapat, better korg bawak la makanan brahim ker. Klu stakat megi tu x
payah bawak x per, ada jer jual megi halal.
3. Muka orang
Malaysia ni sama jer mcm orang lokal sana. So klu ko x nak dorg start perbualan
dengan bahasa Tagalog, korang tunjuk la sesuatu macam identiti Malaysia. Contoh
macam aku, satu hari tu aku pakai jersey bola ada logo Malaysia, so dorang akan
slalu start perbualan dengan English.
































































