Wednesday, 7 September 2016

Percutian Gedikz Kota Kinabalu - Kundasang - Kudat (Rasa nak jentik)



     Seperti biasa, hari ni aku datang opis, x der kerja.. kebetulan plak ofismate aku tengah borak pasal Mira nak g bercuti, teringat plak nak update blog yang dah lama bersarang. Seingat aku, ada 3 trip yang aku blum update kat blog..  so hari ni aku try update satu dulu.

     Percutian ni namanya ‘Percutian Gedikz’. Ni aku pun x tau la sapa yang letak nama percutian ni. Antara Azie atau Nirah jer ni. Sebb dorg yang add aku dlm group ni.. Padahal dalam group ni 3 orang jer.. Percutian ni aku pergi 4 orang, aku, azie, nirah dgn anak nirah, si afiq. Ha kelas ko.. percutian geng sekolah menengah la katakan.. Throwback gitu.. Ktorg g Kota Kinabalu, Sabah. 

     Yang menarik pasal percutian ni sebab aku gatal tangan beli tiket flight Rayani Air yang pada masa tu tengah mengalami masalah akibat beberapa flight terpaksa dibatalkan. Tp alhamdulilah, pada hari tersebut, flight tu beroperasi seperti dijadualkan.. Cuak jugak aku time tu, tak pasal2 aku nak kena beli tiket flight baru. Meh aku start cerita..


25 Mac 2016 (Hari pertama)

     Pagi tu aku bgun awal jugak la, sebab aku dah set alarm pukul 4 pagi. Alarm bunyi lagu ‘Set fire to the rain’. Kebetulan pagi tu aku bangun tengah hujan lebat. Macam kena plak lagu tu.. So bgun pagi tu aku solat isyak dlu, semalam balik lambat, trus tdor jer.x sempat solat.  Siap semua aku trus gerak g Putrajaya Sentral. Aku dah mmg biasa park kat situ jer. Senang. Sampai sana Rah, Azie dgn si kecik Afiq dah sampai. Ktorg naik train pukul 6 pagi dan sampai KLIA 2 pukul 6.20 pagi. Kebetulan kaunter Rayani Air dah buka, so kitorg check in dlu. Agak mudah la proses check in ni. Masa tu pun viral jugak la pasal Rayani Air bagi boarding pass yang tulis tangan, tp masa aku dapat tu alhamdulilah cetak computer. Biasa la tu, company baru nak naik. Bleh dimaafkan..


Kaunter Check in rayani Air

     Dah selesai check in, ktorg g solat subuh dlu. Punya la lama si Azie dgn Nirah ni solat, lg 10 minit kaunter nak tutup, baru dorg timbul.. ktorg pun masuk balai perlepasan, dan masuk ke flight dengan selamat. Fuh, mmg nampak sgt flight tu lusuh, tergambar dari warna seat kusyen yang lusuh. Tapi yang aku bleh puji, layanan pramugari dia sangat bagus.. Bleh dipuji. Flight fly on time, pukul 7.45 pagi dan kami mendarat di KKIA pada pukul 10.20 pagi, on time jgak.

Pemandangan dalam pesawat Rayani Air

Menu makanan yang dijual dalam pesawat Rayani Air

Yang ni Free Meals..

     Dah sampai tu kami beratur la kat kaunter imigresen. Dan ada satu kejadian yang buat aku sakit perut gelak, ada satu akak ni tengah beratur, sampai giliran dia kat kaunter imigresen, bleh plak dia pergi hulurkan lessen memandu kat pegawai imigresen. Memang kena gelak la kan dengan kawan2 dia. Ada satu member dia tu, siap sound lagi “ingat ni kaunter JPJ ker”. Ha.. ha.. sian akak tu..

Selfie dulu kat airport KKIA

     Dah lepas semua proses imigresen, aku pun call abang Ghazali untuk dapatkan keta sewa. Abang ni aku jumpa kat group BBM jgak. Sewa keta Axia.. Baru lagi. Dan Layanan abang ni pun baik jugak. Pas ambik keta, ktorg hantar abang ni balik umah dia dlu.. pastu trus aku drive pergi Kundasang.

     Destinasi hari ni adalah Kundasang. Tapi sebelum sampai di Kundasang tu, kami singgah ke rumah terbalik. Aku mmg x nak masuk pun. Tapi saja nak selfie ja kat luar ni. Dah sampai, Rah dgn Azie pun x mau masuk. Macam tak berbaloi ja nak masuk dengan harga tiket yang bagi aku agak mahal la.. tp maybe yang pernah masuk rasa berbaloi kot. Ok la, pastu kami pun meneruskan perjalanan ke kundasang, tapi sebelum tu kami singgah plak kat Jambatan Tamparuli.. Semua ni kami follow ja itinerary yang aku ambik dr group BBM. Aku sebut singkatan itineary sebagai iti jer, tp rah sebut inti.. inti karipap ker rah?. Ha..ha . Inti pun inti la. Senang kerja. 20 minit perjalanan, kami sampai ke Jambatan Tamparuli. Jambatan ni jambatan gantung, panjang jugak la jambatan ni. Dan lagi satu tinggi betul kedudukan jambatan ni. Gayat jugak berjalan atas ni. Ada satu jalan raya kecik kat bawah jambatan tu, muat2 jer satu kereta. Jalan tu digunakan untuk kenderaan menyeberangi jalan. Nak seberang jalan tu pun kena tunggu turn kereta dari arah bertentangan habis gerak baru leh jalan. Pastu kami teruskan perjalanan ke Pekan Nabulu. Sebab dalam itinerary yang aku ambik tu ade mention pasal Pekan Nabulu, so ktorg pun cari la Pekan Nabulu tu. Azie la yang jadi Co-pilot aku time tu. Nasib jumpa, tp x der la menarik sangat. Biasa2 jer kat sini. Setakat nak beli buah-buahan banyak la..

Ni kat pintu masuk rumah Terbalik. Tak masuk pun, just benti selfie untuk menandakan kami dah sampai kat sini..

Atas Jambatan Tamparuli.. Cantikkan view dr sini..

Jalan kecik kat Jambatan Tamparuli. Kena tunggu turn nak jalan ni..

On the way nak gi Kundasang tu, jumpa plak view point yang cantik kat tepi jalan. Just benti dan selfie jer..

     Kami meneruskan perjalanan ke Kundasang. Jauh jugak la perjalanan nak sampai ke Kundasang. Kami menginap di Kiram Village. Memang tak menyesal menginap kat sini. Layanan pun ok. Tempat pun cantik, macam dalam cita Alice n the wonderland..  Penginapan ni susah skit nak booking, klu korg cari dalam agoda ke, trivago ke memang x der. Korg kena contact owner direct. Pastu bayar booking.  Settle booking korg. Kat bawah ni aku blanja skit gambar sekitar Kiram Village..





     Sampai di Kiram Village pun dah lewat petang. So ktorg check in kat sini dengan mudah. Bilik pun sebelah2 jer..  masing2 perut dah lapar, so ktorg decide nak turun g pasar malam dekat pekan Kundasang. Jauh jugak la tapak pasar malam tu dengan penginapan ktorg, lebih kurang 15 minit drive kat bukit. Tp malangnya, bila sampai, ingt ker pasar malam, rupanya pasar siang la hari tu. Dah tutup pun. Kecewa. Kebetulan kat situ ada restoran melayu, ktorg pun singgah makan kat Restoran Hidayah. Dan paling menyakitkan hati, order dekat sejam makanan tak sampai. Nasib baik ada orang jual chicken wing kat sebelah tu. Chicken wing la penyelamat ktorg yang tengah kebulor time tu. Last2 blah jer la.. tunggu lama pun buat sakit hati jer.. Teringat kat Kiram village tu ade restoran. Ktorg plan malam tu nak makan kat Kiram Village jer la.. So balik la ke tempat penginapan dengan hati kecewa. Sampai di tmpat penginapan, aku pun pergi la order kat restoran Kiram Village tu.  Aku dgn Rah order nasi goreng biasa dan azie plak order mee bandung, diet kot. Aku mintak order tu dihantar ke bilik, ok cas rm1. Bleh la.. makanan pun x der la mahal sangat pun. Standard harga jer.. Sekali dia hantar kat bilik, terkejut beruk tengok makanan yg ktorg order, banyak gila.. X kedekut pun restoran ni. Ktorg siap share lg.

     Dah habis makan, ktorg turun la bergambar dekat depan bilik. Geram tengok pokok2 bunga depan bilik tu.. rasa nak jentik jer.. Banyak bunga yang cantik. Macam2 aksi bergambar la ktorg buat. Azie plak sekali dua bergambar trus x nak bergambar, sebab katanya dia tgk mata dia bersinar lain macam. Takut la tu.. he..he.. Habis bergambar kami terus tidor…. Kat bawah ni aku blanja plak gambar yang aku selfie malam tu..







26 Mac 2016 (Hari Kedua)

     Pagi tu aku bangun awal, lepas subuh trus aku kluar bilik. Hujan renyai2 pagi tu. Tanpa melengahkan masa, aku trus selfie sorg2 pagi tu. Semua tempat aku pergi.. Dah siap selfie aku balik bilik, azie dgn rah pun dah bangun, tinggal afiq jer pagi tu buat perangai skit, x nak mandi ker x nak bangun aku x pasti.. Ktorg bersiap pagi tu awal trus pergi ke Desa Dairy Farm. Jarak perjalanan lebih kurang  5 minit jer kot naik keta. Dekat sangat. Sebabkan excited sangat nak pergi ke situ, ktorg pergi awal sangat, x buka lagi pun. Buka pukul 8 pagi. Ktorg pun gerak turun ke pekan Kundasang untuk cari breakfast. Singgah jer beli kuih kat pasar hari kat pekan tu. Dah setle beli kitorg naik balik ke Desa Dairy Farm. Kali ni dah buka, sampai situ orang pun tak banyak lagi. Bleh la selpie selpah skit.. Rasa macam kat New Zealand plak.. Tengok lembu2 yang comel dan gebu rasa nak jentik jer sekor2.. mula la aktiviti kitorg menyelfie kat situ. Macam2 aksi aku buat, last2 aksi afiq jugak aku tiru.. Ultraman.. Kat dalam tu ada kedai jugak, klu nak beli yogurt ker, susu ke, cenderahati pun ade. Lepas tu ktorg balik ke Kiram Village untuk check out. Sebabkan aku pemilik blog ni, korg tengok jer la gambar aku selfie kat Desa Dairy Farm ni..










Gambar kat bawah ni diambil sebelum ktrog check out dari Kiram Village.


Ni bilik yang ktorg booking..






Kalau nak booking, bleh call no ni..

Ni harga setiap bilik..

     Sampai kat bilik aku order Roti canai telur dua bijik kat Restoran Kiram Vilage ni. (Telur dua ni pun nak jentik).. roti canai ni sedap gak dan murah la.. Selesai makan ktorg kemas beg dan check out. Sebelum check out, selfie sedas..

     Dari Kundasang, kami gerak ke poring hot spring. Jauh jugak nak sampai sini. Nasib ada waze.. Bayaran masuk sini rm3. Ade la kolam air panas kat sini, rasa nak mandi jer, tp baju x bawak, tgal dalam keta. Afiq pun merengek jugak kat ibu dia nak mandi, tp x tau la ape yang rah tipu afiq, akhirnya afiq diam jer..

     Kat dalam Hot Spring ni ada Canopy Walk. Nak masuk dalam ni kena bayar Rm5. Pastu bayaran camera cas lg Rm5. So ktorg decide bayar kamera azie jer la.. sebab kamera azie besar, x leh sorok. Punya banyak ktorg selfie kat canopy walk tu, tp sampai sekarang azie x bagi lg gambar tu. Hu..hu... (Harap azie membaca blog aku ini).. Ha,,ha.. Dah jauh perjalanan kat Canopy walk tu, bleh plak afiq bg tau nak kencing.. Nak kencing merata pun x berani sebab dalam hutan, terpaksa la aku lari sambil dukung afiq turun bukit sampai la ke toilet. Sampai kat toilet bleh plak dia tahan kencing tunggu ibu dia turun..  Aduss.. aku plak yang rasa nak terkencing..












Ruangan ini sengaja aku biarkan kosong. Aku nak tinggalkan space untuk letak gambar kat atas canopy walk. Kot2 azie nak bagi sekeping dua.. Ha..ha.. Sebab semua dalam kamera dia..








     Perjalanan kami seterusnya menuju ke Kota Kinabalu. 3 jam aku drive nak sampai ke KK. Dah habis bekalan makanan aku rembat. Keropok Mummy afiq pun aku rempat. Rah dgn afiq dah terbungkang kat belakang dah. Tgal azie jer masih bertahan. Sejam perjalanan kemudian akhirnya azie jugak tewas.. Tinggal la aku sorg drive. Akhirnya kami sampai dekat KK. Dekat KK ni kami menginap dekat Iskandar Hotel. Hotel ok la.. tp berdebu skit la.. maybe masa tu dorg tgh renovate kot.

     Kami selamat check in, dan berehat sebentar di bilik. Lepas asar tu kami berjalan kaki ke pasar Filiphine.. Betul ker aku eja tu.? Kat pasar ni hajat nak cari mutiara, tp tak disangka2 terjumpa plak kura2 kat dalam pasar ni..  Ape lagi, afiq mengamuk nak kura2 plak. Bukan kura2 betul, bear kura2.. Terpaksa la Rah beli.. settle masuk pasar philiphine, ktorg jalan kat pasar malam kat luar plak. Tengah jalan kat pasar malam tu, terjumpa plak baju kura2, seperti biasa, afiq mengamuk plak nak baju kura2.. Dan seperti biasa jugak, Rah pun beli baju kura2.. Hurm baiknya ibu afiq ni, beruntung afiq dapat ibu mcm ni.. he..he.. Dah settle shoping, ktorg drive cari tempat makan, lama jugak la pusing cari tempat makan, last2 ktorg makan kat Tanjung Aru. Banyak kedai makan sini. Aku order nasi goreng sotong, azie order  mee bandung  dan rah plak order nasi goreng Talap. X tahu plak ape yang talapnye kat situ. Afiq makan chicken wing jer malam tu. Semua total dalam RM35 jer. Ok la.. Dah setle makan ktorg pun balik hotel, tp sebelum tu singgah 7eleven dlu bli roti untuk breakfast pagi esok. X payah nak kluar jauh2 bli breakfast. Ni la style travel aku, eat less travel more..

27 Mac 2016 (Hari Ketiga)

     Hari ni ktorg akan pergi ke Pulau Sapi dengan pulau Manukan. Ktorg drive n park kat Jeselton Point. Kat sini banyak la pakej travel ke pulau sekitar KK. Selepas servey banyak kedai, akhirnya aku pilih pakej kat satu agen ni. Nama company tu Sunny Rainbow. Aku pilih kat dia sebab dia x charge kat afiq. Yang lain semua dia charge harga untuk kanak2. Jimat dah tu.. Mula2 ktorg pergi ke pulau sapi. Kat pulau ni x der ape sangat.. snorkel jer la.. Tp pemandangan dia cantik jugak la.. Dan lepas tu boat bawak kami pergi ke pulau manukan, kat sini pun selfie jer la. Semangat jugak aku selfie dengan afiq kat sini. Siap korek lubang kat pantai pastu masuk kamera kat dalam lubang tu. Afiq pun layan jer..

Petang tu kami balik bilik dengan muka terbakar la. Rah paling nampak terbakar sekali.. sebab kulit Rah kan putih dan gebu (Rasa nak jentik skit).  Balik bilik aku kuar pergi cari makanan.. dan lepas makan trus tidor sampai petang.

Ni Kaunter Sunny rainbow.. Murah la dia bagi..


Ni pintu masuk Sapi Island.











     Malam tu ktorg plan nak makan seafood. So pergi la satu tmpat ni.. kat tp laut jer. Nama Kedai tu gerai sinar delima. Order byak jugak la, bayar pun x der la mahal sangat tp ikan dia x fresh la.. tu yang kecewa skit.. masak sedap dah.. malam tu balik bilik dan kemas beg jer la.. malam tu azie cakap dia nak sangat pergi kat ranau tu, Sebab tmpat dia cantik, ok last minit ktorg tukar plan x ikut itinerary, pg esok ktorg pergi ke Ranau.






Antara makanan yang ktorg order malam tu.

Ni la Gerai Sinar Delima.

28 Mac 2016 (Hari Keempat)

     Bangun pagi terus kemas beg, malam tadi malas nak kemas. Pagi tu aku breakfast dengan chicken wing jer.. hari2 chicken wing. Sedap kot. Paling sedap sos dia. 7.45 pagi kami gerak ker Kudat. Seperti biasa, azie akan jadi co pilot. Destinasi kami kali ni adalah ke Tanjung Mengayau. (Rah cakap Tanjung Mengigau). Mengigau tu dia sebab tidor kat belakang.. he.he.. Rasanya dekat 3 jam jgak la perjalanan kami, akhirnya kami sampai jugak di Simpang Mengayau. Serius tempat ni cantik sangat..  Seperti biasa aktiviti selfie pun berjalan. Hari tu aku sedikt hyper, aku asyik suruh rah dengan azie rekod video aku.  Dorg pun x tau ape aku nak buat dengan video tu. Sebenarnya aku nak buat video IG. Kat bawah ni gambar selfie aku sekitar Tanjung Mengayau.











     Masa berjalan nak balik kat kereta tu, afiq berlari la turun bukit. Rah pun marah afiq, “Afiq, jangan lari, nanti jatuh” sambil angkat tangan melambai afiq. Kebetulan ada mat salih kat depan Ktorg, dia ingt rah melambai kat dia, dia pun melambai balik kat Rah.. Ha,,ha, perasan betul mat salih ni. Jentik kan baru tau..  Pukul 12.15 tghari kami gerak balik KK, dan sampai di KK lebih kurang pukul 4 petang. Kami singgah makan kat pasar philiphine dulu kemudian aku tgal rah dengan azie untuk shoping, aku pergi cari car wash. Susah gak nak cari car wash kat sini. Yer la tmpat org, bkan tmpat kita kan. Aku pun geogle la cari car wash, ade la jumpa satu tmpat. Aku pun drive la pergi situ. Sampai kat situ car wash tu x wujud pun. Sakit ati betul. Last sekali drive balik ke pasar Philiphine ambik Rah dgn Azie dan terus ke airport. Jalan ke airport petang tu agak jem, nasib baik sempat.
Akhirnya aku jumpa Abg Ghazali dengan kak Harnani kat Airport. Kak Harnani ni wife abg Ghazali. Dia la promote keta dia kat coment aku. Aku bg tau kat dia yg ktorg pergi kudat. Kak Harnani pun terkejut ktorg sempat g kudat hari tu.. Ha..ha.. Jauh kot.

     Kat airport ktorg pun check in. kali ni aku book Malangdo Air. Kenapa aku sebut sebagai Malangdo?.. Sebab 2 kali aku naik mmg ade jer masalahnya... Malang yang pertama hari tu flight delay. Sebabkan flight delay, aku pun edit la video aku masa kat kudat tu. Siap post trus kat Fb. Flight pun sampai jam 8.40 malam. Semuanya berjalan lancar, sampai la kami selamat boarding dalam flight.. flight pun berlepas meninggalkan KK. Pramugari pun menjalankan tugasnya menghidangkan makanan dalam flight. Aku dah siap booking makanan masa booking flight aritu. Dan bila hantar, makanan x cukup satu. Aku pun komplen la kat pramugari tunjuk itineari flight yang aku dah order 4 makanan. Ok dia cakap, dia akan semak dengan system. Dan 5 minit kemudian dia datang balik sambil bawak makanan, dan dia cakap “Kami dah buat semakan system, ternyata ada 3 sahaja tempahan makanan, tetapi atas keprihatinan pihak kami, kami beri makanan ni secara percuma kepada encik”. KEPRIHATINAN KEPALA HOTAK KO LA VAVI. Aku buat sekali booking kot semua tu. Macam mana x der dalam sistem sedangkan dalam itinerary flight yang korg email pun ade tulis 4 tempahan makanan. Bayaran pun dan settle. Siap aku tunjuk lagi bukti. Ingt aku nak hadap sangat makanan korg tu.. Sial la Malangdo Air..Kalau ko cakap kemungkinan system tak update aku leh terima. Bila ko ckap keprihatinan seolah-olah aku merayu nak makanan daripada ko, padahal aku mintak benda yang aku beli.  Dan lagi satu ayat keprihatian ko tu seolah-olah ko letakan masalah tu berpunca dari aku.. Sedangkan masalah tu datang dari korg. Aku malas la nak layan sangat, so untuk meredakan kemarahan aku, aku pun layan la cita Harry Potter walaupun sebenarnya aku dah tengok cita tu dua kali..




1 comment:

  1. Casino Kings FAQs | Pros, Cons & Cons | Poormans Guides
    Players should understand this in 브라 벗기 detail. Before the casino games 12bet are made, the game 화이트 벳 can be played with real money. 벳플릭스 A minimum bet for a player 실시간 바카라 사이트

    ReplyDelete