Hari ni aku bawah abah p hospital. Bt check up mata dia. Baru lepas operation bulan lepas. Punya la lama aku tunggu. Dari kol 8 pagi aku sampai. Pastu aku tdor dalam kereta sampai kol 10 pagi. Aku jalan dalam hospital sampai sakit kaki pun x sudah lagi. Sekarang pukul 12 tghari pun x sudah lagi. Biasa la hospital kerajaan kan. Nak cepat g swasta la kan. Nasib baik aku bawak tab aku. Dapat la aku menghilangkan kebosanan aku update blog.
Last entry aku pasal rafting kat gopeng yang bg aku best gila vavi la. Rasa nak pergi lagi. Tp trip aku x habis disitu saja. Ada beberapa group lagi continue trip. Kami sambung p Callies Castle. Dekat ja dengan gopeng tu. Kami sampai lebih kurang dalam pukul 3 petang. X ramai sangat pelancong tp group kami yang paling ramai kat situ. Aku x tau apa sebenarnya sejarah pasal callie castle ni. Sampai situ aku asyik dok selpie ja la. Aku tak tau apa nak cita sangat kat sini, tengok ja la gambar selpie selpah group aku.
Ni abang tengah bajet control macho ni..
Ni plak ramai-ramai atas bumbung Callies Castel. Siap Lompat-lompat group remaja purba ni.
Ni plak kat depan Callies Castel. kalau malam mesti seram kan..
Abang Is tengah posing ala-ala model seluar dalam Brand RENOMA berlatar belakangkan Callie Castel..
Ni Kak Yam dengan Jejai. Gigih jer dorang ni panjat pagar tu sebab malas nak patah balik. Padahal dah tulis kat dinding tu "Dilarang Memanjat". Mana nak nampak, sebab Signage tu ada kat sebelah dalam. So maknanya yang dari dalam bangunan tak poleh panjat keluar, yang diluar bangunan jer boleh panjat masuk dalam. gitu la gamaknya..
Akhirnya kami sampai di cameron. Kami menginap di Nova Highlands. Hotel ni kak amy dah booking awal. Murah la skit. Hotel ni serius mewah. Aku rasa hotel paling mewah aku pernah masuk. Siap breakfast dgn tiket muzium 3d. Bg aku muzium 3d tu x der la best sgt pun. X masuk pun x pa.. Tp yang paling aku tak boleh lupa kak yam dgn will kenakan aku kat muzium ni. Dorg suruh aku berdiri tp keranda kononnya nak ambik gambar aku kat situ. Aku pun dgn slumber berdiri la tp keranda tu. Sekali keranda tu terbuka, mumia keluar. Apa lagi terkejut beruk la aku.
Ni la bilik yang Kak Amy booking. NoVa Highlands. Serius cantik.. Harga pun cantik..
Ni pulak Muzium 3D. X rugi pun kalau tak masuk. tak Menarik langsung..
View dr hotel ni serius cantik. Buka jer pintu balkoni nampak kebun sayur kat bawah. Nampak jalan raya yang sesak skit petang tu. Pastu dapat menikmati suasana sejuk sambil melihat cahaya matahari yang kian hilang. Amboi puitis sgt.
Pemandangan dari luar balkoni. Bawah tu kebun sayur..
Aku sebilik dengan abg is. aku datang bawak berus gigi satu, ubat gigi satu, deodarant dgn pencuci muka ja. Sekali abg is bawak keluar barang dia, penuh atas meja solek hotel. Dlm toilet pun sama, ubat gigi jer sampai dua. Aku x tahu la berapa kali sehari dia gosok gigi. Bleh tahan mamat sorg ni.
Malam tu kami keluar cari kedai makan. Naik keta aku dgn keta kak seri. Team myvi la ni. Punya la jem nak trun ke tanah rata. Rasa dekat sejam lebih kot sangkut dalam jem. Kebetulan ada satu kedai makan kat tp jalan tu, trus kami decide makan kat situ ja.. Aku x ingt apa nama kedai tu tp serius kecewa. Order sayur untuk 8 org makan tp smpi mcm untuk sorg ja makan. Sepatutnya Cameron kan byak jer org tanam sayur, letak ja la sayur lebih skit. Bila bayar seratus lebih. Mak ai mahalnyer.. X padan dgn lauk. Nasib baik abang is bermurah hati nak belanja malam tu. Tq abg is. Dan yang paling aku tak tahan gelak, time nak makan tu Nas suruh Will baca doa makan. Sekali Will pun buka mulut sambil tadah tangan "Bismillahhirrahmannirrahim". Non muslim yang baca bismilah dulu.
Keesokan kami bersiap nak balik. Sebelum tu breakfast dlu kat hotel. Breakfast pun sedap gak la. Kak yam siap seludup bawak balik roti ke bilik.. Ha..ha.. Katanya untuk kak seri. Yer ker tu.. Lbih kurang pukul 10 kami check out. Kami singgah di tanah rata untuk beli sayur dan buah buahan. Aku bli strawberi jer. Dalam keta abg is dan pesan, jangan beli jagung, jagung tu bila makan kat atas cameron mmg manis, bila bawak turun dr cameron dan rebus, rasa manis jagung dah x der pastu keras. Si yam sedap jer sound abg is cakap abg is rebus jagung tak baca bismillah. Si yam ni sampai kat tanah rata dia beli jagung 2 plastik. Ambik ko.. Sekali malam dia rebus jagung kat rumah, keras dan tawar.. Ha. Ha.. Aku siap perli lagi, kak yam rebus jagung x baca yassin tu.. Sian kak yam, aku x tahu nak rasa bersimpati ker atau rasa nak ketawa.. Hu..hu dan ha.. Ha la..
Kak Yam tengah sibuk-sibuk beli jagung pun nak menyelit selfie.. Dua beg dia beli jagung, bila balik rebus keras dan tawar... kah.. kah.. Tak tahu nak bersimpati ker nak ketawa ni?
Kak Seri sedang membeli pokok Kaktus. Sambil diperhatikan oleh Will dan Doktor Nasir.. "Nak beli ker tak nak? Untie, bungkus 10 pokok kaktus, ikat tepi."
Lpas shoping kat tanah rata tu, kami bergerak ke Lavender. Kat
sini bunga jer banyak. Apa lagi selfie la. Kami bli aiskrim lavender,
semua bli, sedap sangat. Tp awas tau, makan aiakrim ni buat mengantuk.
Masa balik tu semua cakap mengantuk. Aku jangan cakap la.. Bertahan jer
masa drive tu. Kat lavender ni view dia cantik jgak la.. Klu yang kaki
selfie ni sesuai sangat la. So layan la gambar selfie aku dgn kawan2
group BBM ni.
Tengah jalan-jalan kat lavender ni, boleh plak terserempak dengan Arja Leee, pelakon tu. Apa lagi, aku dengan Kak Yam mintak nak Selfie dengan dia la.. Yang baju putih tu la Arja Lee. Nampak lainkan. Katanya dia baru buat pembedahan untuk buang ketuat di dagunya. Owh patut nampak lain..
Will dengan Kak Yam acah-acah sweet gitu..
Kincir angin yang comel gitu..
Ni la bunga lavender.. Yer ker?
Habis berjalan di Lavender ni maka berakhirlah trip aku di cameron. Kami semua pulang ke rumah masing2 dengan hati gumbira.
Sempat aku menaip kisah ni sambil tgu abah aku kat hospital ni. Lama benar check up. Aku malam ni nak gerak balik kl plak. Flight kol 8. Will nak pickup aku kat jety kol 4 plak. Sempat tak ni?..
Kesudahannya, aku terpaksa balik naik bas. Burn tiket flight..
Tengah dok pilih gambar nak masuk dalam blog, terselit plak gambar kucing kesayangan aku ni.. Nama dia Leo. So aku abadikan gambar ni dalam blog aku sekali walaupun x dak kena mengena dengan aktiviti travel aku. sayang Leo.















No comments:
Post a Comment