Thursday, 3 March 2016

White Water Rafting Gopeng Perak Bersama Group Backpackers Buddies Malaysia

White Water Rafting Gopeng

Ha, dah berminggu balik dari rafting baru hari ni ada mood nak menaik. Tu pun aku menaik dekat ofis ni. Bukan sebab aku tak ada kerja, ada ja tp sebab aku stress.. So buka tap zas terus jer taip ape yang keluar dalam kepala. Gigih kan aku menaip guna tab.




Sebelum Rafting, selpie selpah dulu.

Idea nak join rafting ni tercetus bila budak BBM yang post pasal ni. Nama Will,. Aku pun x ingt nama penuh dia. Tp aku panggil Will jer. So aku start pm dia tanya pasal rafting ni. Dia pun add aku dlm satu group fb masengger ni. Rupanya ramai dah join. So discuss punya diacuss, hari yang dinantikan pun tiba.




Aku dan beberapa orang dari kl akan bergerak malam menuju ke gopeng. Keta aku 3 orang jer, kak yam dan abg is. Sebelum ni aku borak dgn dorang dlm wassup jer, x pernah jumpa pun. Semua ni dari group bbm. Plan nak bertolak kol 3 pagi. Aku punya la nak tidor awal, last2 sampai kol 3 pagi aku tak dapat tidor. Trus mandi pastu terus pergi umah kak yam. Punya la lama aku pusing cari umah kat yam ni, ntah benua mana gps keta aku ni bawak pergi. Last2 kak yam suruh adik dia kluar hantar kat luar.. 


So masa jumpa tu kak yam pun malu2 lagi.. So aku terus gerak g ambik abg is kat tbs. Abg is siap pesan lagi suruh datang awal, suruh angkat beg dia, dia kan tulang rusuk patah. Dah patah tp gatal nak ikut jugak. Lantak la, sampai tbs aku pun call la abg is, dia pun munculkan diri dgn muka stress sbb aku lmbt sampai. Dlm keta tu masing2 malu lg.. Almaklumlah 1st time jumpa.


Dah lama drive aku pun bnti la rehat kat tapah untuk solat subuh. Kat sini la aku jumpa group fatihah. Dorg pun dr kl. Dah siap solat ktorg gerak sekali ke gopeng. Sampai tol gopeng jumpa plak group helena ting tong ni. Helena tumpang zaid dgn jejai, sian zaid dgn jejai tgu helena dr kol 3 pagi sampi kol 5 pagi. Tidor mati budak ni. Tp laju jgak dorg drive.


Tempat Berkumpul. Selfie dulu.


Kami berkumpul di kedai mee udang apa ntah. Kat situ rupanya ramai dah sampai. Aku rasa dekat 30 org jgak. X sangka ramai mcm ni. Aku pun bersalaman sambil suai kenai. Bila aku salam dgn jejai, jejai tanya aku “nanti join x rafting? Dengar kata tulang patah”. Rupanya jejai ingt aku ni abg is. Kat sini ramai la ambik kesempatan nak breakfast. Aku dgn abg is x makan pun. Sebb kami dah makan kat tapah sebelum tu.


Perjalanan kami diteruskan, agak jauh jgak la perjalanan nak sampai ke check point. Sambil2 aku drive tu sempat la kak yam dok berselfie dgn abg is. Malangnya nasib aku x dapat join. Yerla sbb aku yang drive..


Akhirnya kami tiba di destinasi yang ditujui. Sampai sini semua org bersiap sambil tukar pakaian. Pastu ada la satu kakak ni datang suruh isi borang apa ntah. Aku main isi jer. X baca pun. Borang wasiat kot. 


Peserta-peserta gigih mengisi borang wasiat.


X lama tunggu lori pun sampai. Ramai2 la panjat lori itu. Penuh satu lori. Muat plak atas lori tu. Lori bergerak dgn pantas pergi ke tempat permulaan untuk rafting. Naik bukit, turun bukit, masuk kampung, keluar kampung akhirnya kami sampai. Lebih kurang 30 minit jugak la perjalanan.



Ni ramai-ramai naik lori. Yang sebelah aku tu Khudri. Dalam Wassup group bukan main ramah. Bila jumpa pemalu orangnya.

1st kami diberi taklimat tentang langkah keselamatan ketika rafting serta arahan2 yang akan diguna pakai. Dengar jer la orang tu explain panjang lebar, ibarat masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Yang aku ingat jer “ bum bum , jump jump”. He..



Waktu yang ditunggu sudah tiba. Kami memulakan aktiviti rafting selepas kami dibahagikan dalam beberapa group. Group aku, kak yam, kak amy, jejai and the only girl yg paling kecoh masa rafting tu si helena..


Yang tudung hitam tu Kak Yam dan yang free hair tu semestinya Helena. Tapi kalau dia pakai tudung nama dia jadi Habibah. Dan laki yang sebelah kak Yam tu jejai.

Rafting tu agak mencabar jugak la. Tp yang paling mencabar apabila rakit sangkut. Terpaksa la kena buat bum bum ker jump jump aku x ingt. So bila buat mcm tu rakit tu akan gerak skit la. Tp group aku senang jer. Tak payah orang lain beria ria lompat dlm rakit. Cukup sekadar si helena sorang jer lompat. Settle masalah dunia.


Ni group Khudri.

Masa rafting tu kami berhenti di beberapa tempat. Kat situ la kami ambik peluang untuk selpie selpah. Tp masa rafting tu x payah nak risau nak selfie ke ape, masa rafting tu dah ada cameraman akan naik kayak, dia akan snap semua moment2 indah masa rafting. Habis rafting g donlod jer kat laptop dia.

Ni la team power aku..

Aktiviti rafting ni ambik masa lebih kurang 2 jam jgak la. Dan penamatnya adalah di tempat kita berkumpul naik lori tu. Selesai aktiviti rafting tu msti la penatkan. So makanan pun dah dihidangkan. Bufet gitu. Apa lg bedal la. Kebetulan hari tu abg is siap bawak otak otak dr jb, alhamdulilah, murah rezeki abg is.






Ni dah selesai rafting, sesi bergambar dengan guider.

Selepas makan kami diberikan sijil penyertaan. Dan sehingga hari ini aku x tahu dekat mana aku letak sijil aku tu. Aktiviti hari ni berakhir dengan jayanya. Dan next destination kami ke Callies Castle. Itu next entry aku taip.


ok layan dlu video rafting ni... Ni masa ktorg pergi..

No comments:

Post a Comment