Friday, 18 August 2023

 Boracay 2023


 Pemandangan waktu senja di Boracay


Lama betul tak update blog. Dulu kononnya nak aktif berbloger la kan. Tp sejak aku sambung blajar terus ke laut. Padahal masa aku blajar dlu byak jugak trip aku buat. Solo ke Korea, ke Flores, Nusa Penida, Phuket, Krabi, Hatnyai Dan jugak Cambodia. Tp malas dah la nak cita trip yang lama-lama tu.

Kali ni aku nak cita pasal trip ke Boracay. Waktu aku tulis blog ni aku aku dekat Airport Kalibo, sementara tunggu flight ke manila. Trip Kali ni aku pergi berdua dgn member aku masa belajar dulu. Dia budak Sabah. Nama dia Dat. Sebabkan lama sangat tak travel selepas PKP ari tu, aku decided nak travel ke Filipina. Kenapa aku pilih Filipina, sebabnya aku x pernah sampai la.. Disebabkan si Dat ni dah byak Kali ke Manila, aku ajak la dia. Dia pun on. Plan asal nak jalan2 ke manila jer, tp Disebabkan aku rasa macam bosan jer kat manila, aku ajak la dia ke Boracay. Dia pun on. Harga ticket flight ni aku malas la nak cita sebab aku pun x ingt dah. Rasa kl - manila - kl dalam rm6++ kot. Manila boracay manila dam rm2++. Trip Kali ni plan nak santai2 jer. Lepak pantai Boracay. Pantai Boracay ni pernah disenaraikan sebagai Pantai Tercantik Di Dunia kan. So kita tengok la cantik ker tak.

Ha ni la dat. Dia ni sangat confident berbahasa tagalog, walaupun pada awalnya aku ingt dia buat2 paham bila orang local cakap tagalog, rupa-rupanya dia memang faham. kah kah. terkedu aku..

Belakang tu pantai Boracay, cantik tak kak ton??

3 June 2023

Flight aku jam 8.10pagi Di Klia 2. Kali ni aku travel sorg la dari KL. Dat dia fly dari Kota Kinabalu direct ke Manila. So ktorg jumpa dekat manila Airport jer. Perjalanan mengambil masa 4 jam. Sakit jugak la punggung aku sebab tak bergerak. Perjalanan smooth jer. Flight aku landing jam 12.40 petang waktu Manila. Waktu Manila dengn Kl sama jer. Masa kat Klia tu, staff air Asia dah mintak kita isi siap2 form etravel. Isi kat website dia jer. Dah siap isi tunjuk kat dia baru dia bagi masuk gate. Kat manila nanti tunjuk jer kat pegawai imigresen sana e travel form tu. Kalau korg yg x der data tu better print screen siap2 form tu takut nanti sampai kat manila tak bleh buka plak. Macam aku buat roaming Celcom siap2, ok la. Aku beli plan roaming Celcom rm58 untuk seminggu, 2gb data satu hari ok la. Malas dah aku nak beli sim kad kat sana. Sampai kat airport manila terus aku tukar network provider kepada globe. Globe tu macam mmbr partner kepada Celcom la.

Pemandangan pantai Boracay lagi.. Bersinkan pantai dia..

Lepas keluar jer imigresen Manila aku ke pintu keluar. Masa tu aku dok cari la si Dat ni mana la dia. Dok pusing2 cari dia pastu dia tegur aku. Nasib jumpa. Kesian dia lama tunggu aku. Dia sampai kol 5 pagi, dia tunggu aku sampai kol 12 tengahari. Tp tak per la flight dia dari Kota Kinabalu 2 jam jer. Ktorg pun order la grab nak ke hotel. Grap pun cepat jugak la sampai. Sepanjang jalan nak ke hotel tu jam jugak la jalan. Jarak hotel ke airport dalam 7km jer. Tp sesak dia x bleh bawak bincang. Ktorg trun kat Baclaran. Tambang dalam 230 peso jer. Pastu ktorg pusing cari kedai makan halal, pening jugak la mencari. Brapa Kali ktorg masuk mall mencari. Dat cakap ada satu kedai mkanan halal area situ. Nama kedai tu Mai Mai Halal Kainan. Tp jalan kat luar mall tu sangat menakutkan. Macam berjalan di lorong Haji Taip. Dengan orangnya bertatu bagai. Seram. Akhirnya jumpa jugak. Owner kedai Muslim boleh speaking. Senang skit la. Makanan dia pun sedap. Harga pun tak la mahal sangat. Dalam 300 peso untuk Dua orang makan. Ok la.

Ni makanan yg ktorg makan kat kedai Mai Mai Halal Kainan.


Lepas makan ktorg pergi hotel. Ktorg menginap Di Kabayan Hotel Pasay. Nama macam nenek kebayan bunyinya. Ni Dat yang booking. Aku x Tau plak brapa harga dia. Dia ajak aku jalan kaki, dia cakap dekat jer. Aku ikut jer la dia. Sampai kat hotel kematu jugak la kaki aku. Hotel tengok luar nampak mewah. Siap ada pintu pusing2 lagi kat depan. Tp bila nak check in ambik masa sejam. Sakit hati rasa. Apa masalah pun x Tau. Ramai beratur nak check in. Kol 4 baru dapat check in. Masuk tengok bilik memang puas hati la. Semua nampak mewah. Tapi satu yang x puas hati pintu bilik air pakai gelas, dah la x tinted. Klu orang mandi semua nampak. Baik x payah buat pintu macam tu.

Tengok tu orang beratur nak check in, menyakitkan hati betul..

Ni pintu toilet hotel, baik tak payah buat pintu. Kalau ko nak berak tu boleh la ko tengok member ko lalu lalang depan tu..

Siap ada bible lagi..  

Petang tu ktorg reheat jer tdor kat bilik. Malam baru kuar cari makan. Kali ni ktorg makan kat satu kawasan komuniti Islam. Mudah skit la nak cari makan. Nak g situ Dari hotel ktorg kena naik Mrt dekat Steven dekat dengan hotel. Tak ingat plak nama stesen tu. Masa nak naik train tu aku kena tahan kejap. sebab tak pakai mask. pastu ada la orang lokal situ dia nampak aku x der mask, dia berbesar hati bagi aku mask. Dapat jugak aku naik train. Lepas naik traintu ktorg trun kat stesen Carriedo. Jalan kaki skit dalam 10 minit sampai la. Kat sini kebanyakan komuniti Muslim. Tengok penduduk sini ramai yang bertudung. Restaurant halal pun banyak jugak. Ktorg singgah makan kat satu restoran muslim ni. Makanan dia sedap jugak. Ktorg ambik ayam dengan ikan, nasi 3. Total semua 250 peso jer. Kira murah la tu. Lepas makan tu ktorg pusing2 area situ. Kalau korg tgk suasana sekitar jalan tu mesti korg rasa seram. Ada yang tidor tepi jalan, melepak ramai2 tepi jalan. Nak jalan pun seram. Aku berjalan depan satu universiti ni, tengok universiti ni pun seram. Macam kawasan gengster. Sepanjang aku berjalan kat sana, aku perasan ada satu makanan ni sangat famous dekat sana. Teluk itik rebus. Tp telur tu bukan yang baru Tau, aku tengok siap ada nampak anak itik lagi dalam tu.. rileks jer dorg makan. Huhu.

Suasana dalam MRT. sesak jugak la walaupun dah malam.

Ni pintu masuk ke kawasan komuniti islam tu. 

Ni lauk ikan apa ntah, sedap jugak.

Ni ayam pun sedap.

Ni depan pintu kedai tu. 

Ni salah satu hotel kat komuniti islam tu. Lepas ni kalau nak pergi boleh booking kat sini.

Ni depan pintu masuk Feati Universiti.

Pintu masuk MRT stesen Carriedo.

4 June 2023 

Pagi tu ktorg breakfast kat bilik jer, aku ada bawak nasi goreng ayam Pak brahim.. Fuh time lapar ni semua sedap. Ktorg check out pastu terus ambik teksi ke Airport. Sampai kat airport pun terus jer masuk sebab dah check in awal2. Flight Kali ni ktorg ambik Dari manila ke Caticlan. Perjalanan sejam jer. Sampai kat airport terus nampak ada orang jual ticket untuk ke jetty. Tp Dat ajak naik tricycles sebab murah skit. Lg pun lebih santai. Stakat Dua tiga orang ni sangat sesuai naik benda alah ni kalau nak ke jetty. Harga dia pun murah jer. 

Ni masa nak naik flight ke Caticlan

Ni la Tricycle.

Ni masa perjalanan nak ke Jetty.

Sampai kat jetty tu nanti korg masuk ker bangunan sebelah kiri tu. Kat dalam tu nanti korg kena isi borang ketibaan pelawat, pastu bayar tax skit dengan beli ticket boat. Harga aku x ingt plak. Dah selesai beli ticket tu tunjuk kat driver boat tu nanti dia suruh la naik. Perjalanan boat pun sekejap jer tp sepanjang perjalanan ko bleh tgk view laut yg jernih tu. Mmg cantik.

Bila dah sampai pulau Boracay tu aku dengan Dat naik keta elektrik tu ke hotel. Bayaran dalam 150 peso jer ke stesen 3. Aku booking hotel kat Emerald Bay Boracay. Hotel pun x jauh sangat dengan pantai. Cuma jalan masuk tu macam tersorok skit. Puas jugak la aku mencari jalan masuk dengan Dat.

  

Ni Dat tersenyum keriangan ketika naik kereta elektrik. hehe.

 

Ni rupanya kereta elektrik.

Abg driver ni namanya Ramas. Sila Ramas yer..

Petang ktorg kuar jalan kat tepi pantai, tp pantai sebelah belakang. Kat sebelah tu x cantik sangat sebab hutan payah bakau. Pastu ktorg jalan ke kampung2. Ktorg jumpa satu perkampungan orang asli Boracay. Tengok rumah2 dorg. Unik. Jauh jugak la ktorg berjalan, sampai sakit kaki aku.Dah penat berjalan ktorg balik jer bilik reheat.

 

Ni jumpa satu perkampungan orang asli kat sebelah pantai.

Port bergambar kat hutan paya bakau ni.


Ni boat sape ntah, slamber jer dia pergi bergambar atas boat tu.

Dat tanya aku, "apa maknanya tu?". aku jawab "Kiri atau kanan". Dia cakap salah, jawapannya adalah "Dilarang kencing di sepanjang tembok ini".. Betul ker tak aku x tahu..

5 June 2023

Hari ni ktorg plan nak kayuh basikal ke puka beach. Ktorg pun kluar la awal cari tempat sewa basikal. Jauh jgak la berjalan lpas tu x jumpa jugak. Sebab cuaca terlalu panas, aku ajak Dat cari kedai makan. Rata2 nak cari mknan halal sangat susah. Last2 ktorg beli air dan biskut jer lepas tu lepak tepi pantai.

Lepas penat lepak tepi pantai tu aku dengan Dat balik ke bilik. sampai kat bilik Dat terus tidor. aku macam susah plak nak tidor. pastu aku kluar balik bilik aku jalan-jalan kat kedai tepi pantai tu. aku masuk la kedai kedai yang jual baju tu, dalam kedai tu rupanya ada kedai makanan halal. Balik ke bilik terus aku kejut Dat ajak g makan nasi kat kedai tu. 
Kedai makanan halal tu masuk dalam ni tapi celah-celah kedai baju sebelah kiri tu.

Lepas makan tu ktorang sewa basikal. ktorg berkayuh dari Pantai stesen 2 sampai ke Puka Beach. Jauh giler tapi Dat stedy jer. aku jer banyak kali benti sebab sakit bontot. Seat keras.

Sampai ke Puka Beach dengan berkayuh basikal.

Rehat sekejap.

Ni bukti ktorg berkayuh sejauh 10km.

6 June 2023

X sabar rasa nak balik hari ni. Teringat anak bini kat umah la plak. Macam biasa aku bangun awal Dan kemas la beg aku lpas mandi. Nasi brahim ada satu kotak lagi, tambah ada satu Indo mee dgn bihun fama, so ktorg breakfast itu jer la. Dat pergi la ambik air panas kat pantry untuk ktorg rendam mee, dengan bihun sambil aku kemas2 bilik. Kami pun breakfast dengan penuh selera. Dat kutip semua cawan dan mangkuk bekas yg ktorg makan tadi. Lepas siap basuh slamber jer aku tengok dia lap tangan dengan mulut dia dengan towel hotel. Melekat merah kat towel hotel tu bekas sambal megi yang ktorg makan tu. Bukan tu sahaja, lepas tu dia siap lap lantai pakai towel hotel tu jgak. Memang melekat hitam kat towel hotel. Haha. Nasib la. Dah nak kluar tu aku tengok dia lap kaki plak kat towel hotel sebelum pakai stokin. Bertambah tambah la Kotor towel tu.. Haha, kelakar la ko ni Dat.

Aku trun la kat reception desk kat bawah nak pulang kunci untuk check out. Dat plak pergi hantar cawan yang ktorg guna letak air panas tu. Masa hantar kunci tu reception tu suruh tunggu, dia nak check bilik. Dalam hati aku jgan plak dia perasan pasal towel yang Kotor sangat tu. Lepas 5 minit reception tu trun dia cakap semua ok.. Fuh Selamat..

Ktorg jalan kaki jer jer dari hotel ke tepi jalan nak tgu tricycle. Jalan dalam 5 minit sampai. Tricycle pun berlambak, sekali tahan jer berhenti. Tambang dr hotel ke jetty dalam 25 peso jer sorg. Lpastu ktorg beli ticket boat, dgn airport transfer ke Kalibo airport. Kali ni aku sengaja ambik flight dari Kalibo sebab nak balik lewat skit. Dari caticlan awal sangat la pulak. Sebab malam tu nak fly balik kl plak. Ticket boat dengan airport transfer berharga 330 peso sorg. So ktorg pun naik la boat Dr jetty pulau Boracay ke jetty Caticlan. sampai ke jetty Caticlan ada pakcik tu cakap kalau nak ke airport Kalibo kena tgu bawah satu khemah tu. Lpastu ada satu pak cik mintak ticket pastu suruh tgu dalam van. Pak cik tu tanya Dat sesuatu dalam bahasa Tagalog, lpas tu Dat balas apa pun aku x Tau. Aku tanya la Dat Pak cik tu tanya apa kat dia, dia cakap Pak cik tu tanya flight ke manila jam berapa?. Pergh power la Dat dia faham bahasa Tagalog.. aku tanya dia macam mana dia Tau Pak cik tu tanya jam berapa flight ke manila, dia cakap dia agak2 jer. 🤣 Haha.

Tambisaan Port.

Lama jugak la ktorg tgu dalam van tu. Dah la panas, aircond macam malu2 dinosaur plak nak kluar. Sakit hati. Konsepnya kna tgu org penuh baru dia jalan. Van gerak ke airport Kalibo pada jam 11 pagi. Sepanjang perjalanan tu sempat la aku menikmati panorama indah pulau Boracay tu. Aku perasan jalanraya kat sini banyak dibuat dengan konkrit, anggaran ketebalan jalanraya tu dalam 500mm thick. Memandangkan aku ni berkerja bahagian structure, aku rasa ketebalan tu ckup tebal. Patut la jalan raya dorg jarang jumpa yang berlopak. Berbalik kepada kisah aku ke airport Kalibo tadi, perjalanan ambik masa dalam 2 jam lebih. Sakit bontot aku naik van ni, sakit bontot sebab naik basikal pun tak hilang lagi, ni tambah sakit baru plak.  Aku sampai airport dalam pukul 1.30 petang. Ktorg lepak dlu kat luar airport. Pukul 2.30 baru ktorg masuk. Flight pukul 4.

Masuk untuk scan beg semua. Kali ni aku sengaja tunjuk passport aku sedangkan dorg x mintak pun. Sengaja aku tunjuk kat dorg, nak Kasi Tau ktorg ni bukan orang lokal, x payah nak cakap bahasa Tagalog. Masa aku lalu kat mesin pengimbas tu, ada satu orang staff tu cakap " are u Malaysian, aku senyum jer la, pastu dia cakap u like local people. Ha Tau pun. Sebab tu aku tunjuk passport, kalau x korg asyik cakap Tagalog jer dengan aku.

Tengah tunggu flight air Asia ke manila tu, tiba2 ada pengumuman flight kitorg delay. Dah agak dah. Air Asia Dan delay berpisah tiada. Kalau delay sejak ke Dua jam bleh terima lagi. Ni delay 6 jam. Flight akan berlepas jam 10.25 malam. Gila Babai. Dah la flight aku Dari manila ke kl tu jam 10.40, memang terlepas la. Aku pun dah stress, tak kan nak beli flight baru. Beli last minit mahal plak. Aku pun buka Skyscanner cari flight lain Dr airport Kalibo ke manila. Nasib ada. Cebu airline ke manila jam 8.00 malam. Aku mmg dah nak beli dah. Tp Dat cakap kejap dia tanya staff air Asia. Dia pun g la tanya, lepas 5 minit dia balik. Dia cakap staff tu cakap jangan beli lagi, dorg akan carikan solution. Lama jugak la aku tgu, ticket Cebu air ni dah naik harga dah. Mula aku tgk harga dia dalam 5+++ peso. Lpas tu sekali lagi aku tengok 6+++ peso plak. Aku cakap kat Dat, dorg ni ada solution ker tak. Dia pun g tanya lagi. Kali ni Dat cakap dia x bagi beli lagi, dorg tengah usahakan solution. Lama jugak la tunggu lepastu dorg panggil aku dengan Dat. Dia bagi solution, dorg akan beli ticket Dat baru dengan Cebu Air, sebab Dat punya connecting flight jam 11 malam. Lagipun flight Dat ke KK akan ada 3 hari lagi. So mmg Dat kena balik malam ni jugak. Option untuk aku plak dia tukar ticket Dari manila ke kl tu jam 1.30 petang esok harinya. Fuh, lamanya.. aku mintak hotel dia x bagi. Alasan dia sebab x ckup 24 jam. Nak tak nak kena trima la. Lepastu dia email boarding pas baru manila ke kl. Kira ok la tu. Klu aku nak beli flight manila ke kl tu mau rm8++. Dekat jam 9.30 malam tu dia buat pengumuman plak yang flight ke manila delay lagi due tu bad weather in manila. Kahkahkah.. Mengamuk org kat sini.. Air Asia Dan delay berpisah tiada..

Penumpang-penumpang keletihan.

Tunggu dari siang

sampai ke malam


Pukul 12.50 pagi baru bleh boarding.

Akhirnya pada jam 12.25 pagi baru la flight air Asia sampai. Fuh Lama gila delay. X sabar rasa nak buat claim insurance. Hehe. Flight take off jam 12.50 pagi Dan tiba Di terminal 4 airport manila pada jam 1.50 pagi. Masa ni Dat mesej aku, dia cakap flight dia delay jam 4 pagi plak. Huhu. Bertambah la Dat. Aku ambik grab ke Manila Airport Hotel.

Hotel ni aku booking last minit. Masa aku ddk tgu kat airport Kalibo tu. Dok pikir flight aku kol 1.30 ptg, baik aku tidok kat hotel dlu. So aku pun booking la kat booking.com. masa sampai kat hotel tu aku mintak la receptionist hotel tu check booking aku. Dia cakap aku x der bt reservation. Aku tunjuk la bukti yg aku dah booking kat booking.com. sekali dia tengok aku tersalah pilih tarikh la plak. Aku g pilih bulan ogos plak. So dia mintak aku cancel booking dan booking balik. Dah booking balik tu harga mahal skit la. Lantak la, janji bleh tidor. Aku dah penat sgt dah..

 

7 June 2023

Hari ni aku bgun awal skit.. sebab aku terkejut bos aku call. Dia klu call aku subuh2 pagi tu ada la dia nak suruh cover meeting mana2 tu.. sepatutnya aku kerja hari ni, tp dah flight delay terpaksa la mintak cuti emergency. Pastu ofismate aku, si afiq plak call. Aku wasup dia tanya nak apa? Dia cakap dia nak guna PC aku kat opis. Apahal la dia ni, PC sendiri ada nak jugak guna PC aku. Rindu aku la tu.. hehe.

Aku check out hotel jam 11.20 pagi. Aku mintak la receptionist hotel tu cari teksi untuk aku. Dia pun cari. Dalam 5 minit sampai la teksi. Perjalanan ke airport terminal 3 dalam  15 minit jer. Tambang dalam 245 peso.  So aku masuk ke airport aku cari kedai makan dlu. Nak breakfast jer. Aku x makan apa pun Dari awal pagi. Aku naik kat tingkat 1 airport tu ada kedai jual mee Samyang Korea yang pedas tu. Ada halal. Ok la buat alas perut. Lepas dah settle aku berjalan la ke gate 108. Besar jugak airport dia. Tp klu nak compare KLIA, KLIA cantik lagi.. sambil berjalan ke gate tu aku singgah la beli jajan untuk bawak balik. Aku beli buah2 kering dengan kacang jer. Dah sampai gate aku boarding terus sebb aku tgk org tengah beratur nak masuk.

Flight berlepas tepat jam 1.30 petang. Aku tengok cuaca kat manila macam nak mendung. Maybe episod delay semalam akan berulang lagi pada hari ini. Nasib flight aku dah nak take off. Kat dalam flight aku dah pre book meals. Yang kelakarnya aku tersilap beli Dua nasi lemak Pak Nasir. Masa pramugara air Asia hantar makanan tu dia siap perli aku lagi, "amboi bang, kalau orang Malaysia jer mesti nak nasi lemak Dua bungkus". Haha, segan aku..

So aku slamat tiba Di KLIA 2 pada jam 5.30 petang. Itu saje kot catatan sepanjang perjalanan aku ke Boracay.

Kat sini aku nak list skit pendapat aku kalau korang nak datang Boracay.

1.  Boracay ni pulau dia kecik jer, so x payah datang lama2. Sehari Dua pun dah bleh cover.

2.  Makanan halal susah nak dapat, better korg bawak la makanan brahim ker. Klu stakat megi tu x payah bawak x per, ada jer jual megi halal.

3.  Muka orang Malaysia ni sama jer mcm orang lokal sana. So klu ko x nak dorg start perbualan dengan bahasa Tagalog, korang tunjuk la sesuatu macam identiti Malaysia. Contoh macam aku, satu hari tu aku pakai jersey bola ada logo Malaysia, so dorang akan slalu start perbualan dengan English.

4.  Pulau Boracay ni mmg cantik. Pasir dia halus, putih Dan bersih. Tapi lama2 klu ko pandang benda sama ko akan bosan. Penuhi la aktiviti korg sepanjang Di sana.

Sebagai penutup coretan aku, tontonlah video sepanjang trip aku ke Boracay. Tq.